Kenyataan rasmi SKMM mengenai serangan hacker malam tadi.
SKMM telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan hacker malam tadi. Berikut kat bawah ialah kenyataan SKMM yang aku translate kepada bahasa melayu dengan ambil beberapa point penting je ;
1. SKMM melaporkan serangan bermula jam 11.30 malam pada 15 jun 2011.
2. Serangan di sasarkan ke atas semua website kerajaan yang memiliki domain gov. my. [kecuali web pendidikan]
3. Sebanyak 51 website kerajaan telah diserang malam tadi dengan 41 daripada nya mengalami pelbagai gangguan [lumpuh sementara]. Namun tindakan drastik telah dibuat untuk memulihkan website2 tersebut semula. Walau bagaimanapun website SKMM terselamat dalam serangan terbabit.
4. SKMM memaklumkan serangan terbabit memberikan sedikit impak kepada pengguna. Namun masih dalam pengawalan dan pemantauan SKMM.
5. Serangan hacker mulai kendur [berkurangan] seawal jam 4 pagi. Akan tetapi SKMM akan terus berkerjasama dengan ISP dan agensi2 penguatkuasa yang lain untuk memantau ancaman serangan.
6. Dalam pada itu SKMM mengingatkan orang ramai agar menyalurkan sebarangan informasi mengenai hackers ini jika orang ramai mendapat apa2 maklumat bagi membolehkan pihaknya mengambil sebarang tindakan undang2 bagi menghukum pesalah hacker kerana ia salah satu kesalahan serius dan boleh dhukum melalui undang2.
Urmm adakah hacker telah menghentikan serangan ataupun misi masih diteruskan?
Di alihbahasa dari sini.
Sozcyili : SKMM neh tidur ke? 41 websites mengalami gangguan? Aik.. takan dia tatau hacker nak mai serang?
Tiada ulasan
Catat Ulasan