t>

Breaking News

Ibu dua anak tawar organ RM1 juta untuk bayar hutang.


Kesian pula baca luahan ahti ibu kepada dua anak neh. Ahlong pula jenis tak berhati perut. Memang salah gak tak patutlah pinjam ahlong untuk buat bisnes tapi pinjaman dari kerajaan terlalu ketat syaratnya dan susah nak lulus. Orang pun nak hidup juga. Tapi aku bukan nak kata sangat cuma bagi aku kalau tak pandai meniaga elok jangan ceburkan diri ke dalam dunia perniagaan. Kalau nak ceburkan diri guna duit sendiri. Simpan. Janganlah pinjam sana sini. Kalau pinjam dari kerajaan takpe juga. Takdelah kena cekik sampai mampos. 

Ini pinjam dari ahlong. Bila dah rugi kan dah gelabah sakan. Tapi jangan salah faham. Bukan aku nak salahkan ibu neh. Sebab situasi ibu neh tak sama macam situasi orang lain. Ibu neh pinjam untuk meniaga tetapi ahlong  jahanam cas bunga tinggi2 gila. Hampir 2x ganda dari nilai pinjaman. WTfack!

Cuma aku nak sembang kepada segilintir pihak di luar sana. Kalau tak pandai buat bisnes buat cara tak pandai. Jangan memandai2 sampai susahkan diri sendiri. Ingat jadi bos kepada diri sendiri senang ke? Ia pun perlu kan kriteria tertentu untuk berjaya beb. 

Baca bawah ;

JOHOR BAHRU: “Ini ikhtiar akhir, saya mahu jual buah pinggang atau mata pada harga RM1 juta untuk melunaskan hutang along,” demikian luah ibu kepada dua anak berusia 35 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah di sini, semalam.

Suami Fatimah dikenali sebagai Ahmad, 39, terpaksa menanggung kadar bunga mencecah RM54,000 sejak September lalu melalui pinjaman RM30,000 untuk memulakan perniagaan, sudah tidak tahan lagi diganggu lelaki tidak dikenali yang sering datang ke kediamannya di Larkin di sini, bagi menuntut hutang terbabit.

Fatimah yang tidak bekerja berkata, dia sedar perbuatan menjual organ tubuh salah di sisi undang-undang, tetapi beranggapan ia jalan terakhir mampu dilakukannya bagi melunaskan hutang secepat mungkin.
“Saya melakukannya kerana tidak sanggup melarikan diri daripada buruan along selain kasihan dengan ibu yang sering menjadi mangsa maki-hamun lelaki tidak dikenali.
“Harga diletakkan pula memang tinggi kerana saya beranggapan selepas menjual organ, saya mungkin berdepan masalah kesihatan dan wang itu akan digunakan untuk membiayai kos sepanjang hayat,” katanya.

Sampai nak jual organ tue. Bukan dia tak bayar hutang. Bayar cuma bunga naik mencanak2. Apa lah bahlol sangat si ahlong neh. Asal dari balik modal + sedikit keuntungan jadi lah. Yang nak tamak segala bagai apsal? Patutnya syarikat2 kewangan [baca ahlong] neh di hapuskan oleh kerajaan. Tak faham aku kenapa kerajaan macam tak heran dengan syarikat2 macam neh padahal mereka dah susahkan orang awam. 

Bukan semua mampu nak kawal / cegah diri sendiri dari terjebak dengan masalah. Ramai di antaranya perlukan bimbingan dan pengawasan. Cuba hidup tue jangan pentingkan diri sendiri je. Ke kerajaan rasa dorang neh leh bagi cukai tinggi? Mungkin kerajaan lebih tahu apa yang terbaik kot.

Sozcyili : ahlong mao tolong pinjam ka tolong bunuh? Heh

Tiada ulasan