t>

Breaking News

Kerajaan bersedia halang cubaan godam laman web: Rais

Kerajaan di bawah kementerian yang diketuai oleh rais yatim akan bersiap sedia hadapi serangan pengodam dari seluruh dunia. Agaknya berapa banyak kos yang diperlukan untuk pertahankan website kerajaan?

Sebenarnya nak juga tahu keberkesanan sistem keselamatan website kerajaan neh. 

KUALA LUMPUR: Tindakan yang sewajarnya sedang diambil bagi menghalang cubaan menggodam laman web rasmi kerajaan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

Mengulas laporan bahawa satu kumpulan dari luar negara dikenali "Anonymous" mahu menggodam laman web www.malaysia.gov.my, beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ancaman serupa pernah dibuat sebelum ini."Kita sudah memberitahu perkara ini kepada pihak berwajib dan kita sudah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi MAMPU, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di sini hari ini.
Rais berkata, kerajaan juga sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku serangan. - BERNAMA

Sozcyili : Perompak jaga negara.

Tiada ulasan