Senarai websites kerajaan yang telah dihacked.
Sekurang-kurangnya 10 website kerajaan lumpuh pada serangan yang bermula pada awal tengah malam tadi. Serangan dilakukan oleh hackers sebagai misi "mengajar dan mendidik kerajaan" agar tidak mengangu hak asasi manusia ketika berinternet di malaysia. Baru-baru ini SKMM telah memutuskan untuk blocked semua akses pengguna internet ke website file sharing selepas KRU memberikan aduan kepada badan tersebut. Ini mencetuskan kemarahan ramai pihak terutamanya mereka yang memiliki account berbayar dengan website tersebut dan kaki-kaki download.
Kat bawah neh ialah senarai website kerajaan yang telah dihacked ataupun ditutup servernya bagi mengelakkan sebarang serangan dari hackers ;
Sumber berita pula menyatakan ;
Sejak awal pagi tadi, sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan tidak dapat dilayari kerana diserang oleh pengodam yang membalas tindak kerajaan menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail.
Bermula jam 3.30 pagi tadi pengodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.
Tinjauan Malaysiakini pada jam 7 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.
Laman lain adalah Pelancongan Sabah, Asean connect, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perbendaharaan, Parlimen, Jobs Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Majlis Sukan Negara.
Laman rasmi Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) juga dilaporkan digodam malam tadi. -malaysiakini-
Sozcyili : Sampai bila nak tutup server tue?
Tiada ulasan
Catat Ulasan