Kiah propa ke kiah haprak?
Hari neh memang aku duduk rumah goyang kaki. Cuaca pula memang panas melampau. Bertambah-tambah lah mood malas. Mula-mula tue plan nak tengok tv. Tapi takde pula rancangan yang betul-betul menarik sehingga membolehkan aku tumpu betul2 pada tv.
Lebih kurang pukul 1 tadi aku buka tv3. Cadang nak tengok melodi. Sekala sekala layan lah juga kan. Tapi boooring. Tukar channel sana sini. Hurmm boooringg gak. Aku tertengok seorang gadis melayu menari di konsert kpop atas pentas. Adoiiii. Malunya aku. Takan sampai malukan diri sendiri beb. Arh tukar lagi. Tukar punya tukar punya tukar dah dekat berapa aku tukar last2 balik ke melodi balik.
Masa tue kisah nurul af tengah dimainkan. Tak tengok pun dari mula. Masa aku tengok tue mak nurul tengah bagi komen pasal nurul. Dari apa yang aku fahamkan kat sini ialah nurul af neh kahwin di siam tanpa kebenaran keluarga kandung kot. Dan nurul neh sebenarnya di jaga oleh keluarga angkat dia dari kecil. Dan bapak kandung nurul pula merasakan bahawa nurul af malu mengakui dia sebagai bapa kerana mereka miskin. Dan wartawan melodi pula berpesan kepada penonton jangan membuat andaian melulu. Urmm aku tengok ada perubahan positif pada melodi.
Bukanlah aku nak membela rancangan gosip2 artis neh. Jangan salah faham. Aku tahu mengumpat hukum dia berdosa. Tak kira lah ceruk mana kita duduk hukum mengumpat neh sama je pada semua umat islam. Cuma nya format mengumpat artis melalui melodi nampaknya sudah berevolusi. Aku rasa mungkin wartawan melodi sedang cuba jernihkan hubungan nurul af dengan keluarga kandung dia kot.
Btw, who's this nurul af? Aku pun tak kenal dia sapa. Hahaha. Layan. Then dah habis kisah nurul tue aku off tv. Lepas beberapa minit berlalu aku buka tv balik. Aku cuba cari cerita yang boleh ditonton. Ataupun lebih tepat cerita melayu yang aku boleh tonton. Yang sebenarnya kebanyakkan masa aku di tv aku selalu menonton ;
1. Drama english
2. Drama korea
Nak kata cerita melayu takde, ada. Aku tengok drama2 melayu pun dah makin meningkat kualitinya. Mungkin tak sesuai dengan citarasa aku agaknya. Itu sebab aku sukar nak tonton drama melayu. Macam program tv rajalawak tue kan aku suka. Tapi takde lah sampai aku buang2 duit undi dorang beb. Cuma tang drama neh aku kurang sket. Macam aku cakap tadi, ianya berkaitan dengan citarasa dan minat masing2. Lain orang lain minat mereka. Kemudian aku tengok galaksi di tv9. Yang neh lama sikit aku tengok. Yang buatkan aku lama tengok cerita gosip neh ialah disebabkan format dia dah bertukar.
Kalau nak tahu dulu pengacara program galaksi neh irma hasmie. Tapi dia dah bertudung sekarang. Aku kira program mengumpat2 artis neh sudah tidak sesuai lagi untuk diacarakan oleh dia. Sebab dia dah berubah ke arah kebaikan.
Dalam rancangan neh ada satu segmen yang menampilkan seorang perempuan bernama kiah propa. Kiah propa neh betul2 buat aku menyampah kat dia. Padahal aku boleh je alih tv alih masa tue. Tapi saja nak bikin panas kat ahti dengan menonton propa wartawan neh.
Aku bukan apa, aku menyampah cara si propa neh bercakap. Aku tak faham apa motif dia bersikap demikian. Itu satu hal. Satu hal yang lain dia makan telur tak baca bismillah. Ini saja je aku masukkan pasal dah berkaitan dengan emosi. Saja nak bikin line panas. Heh
Dia mengumpat artis. Cakap2 tapi bukti takdak. Atleast melodi terjah sana sini ada bawa bukti dan minta kepastian. Si kiah propa neh duduk lepak dalam kedai pakai helmet makan telur dan bergosip pasal artis. Cara dia bergosip tue yang aku tak berkenan sangat. Pendek kata aku menyampah habis.
Sebelum tue dia telah interview anang. Dia soal anang mengenai hal2 personal anang. Pasal KD bekas isteri anang pun dia soal anang. Dia tanya anang betul ke KD dah bercerai. Lahhh bangang ka apa pompuan neh? Hal cerai berai ex wife ko tanya kat ex husband dia buat apa? Ko tanya lah direct kat KD tue. KD tue bukan bini dia lagi. Orang tue masih terluka akibat perkahwinan yang gagal ko pula sibuk potpet2 pasal benda takde faedah. Tapi aku tengok anang tue kira masih boleh sabar lagi. Walaupun miss propa bengap neh tanya soklan bukan2 dia masih bagi jawapan2 yang berkaitan dengan album.
Walaupun aku jarang2 tonton galaksi dan melodi tapi aku rasa rancangan galaksi dan melodi dah bertukar kot. Melodi bagi aku ada lah beberapa perubahan positif mungkin pasal kritikan demi kritikan yang mereka dapat. Tapi aku mengaku aku tak tengok penuh melodi tadi.
Galaksi pula macam tah hapa2 dengan kewujudan kiah propagandanakmampos. Aku pun mengaku aku tak tengok penuh rancangan galaksi tadi. Tapi asal aku tekan je channel tue balik ada muka dia. Aku cadangkan ko tukar je nama program tue daripada galaksi kepada kiah propagilaglamer habis citer.
Tapi apa pun program2 yang mengumpat artis memang kita tak patut support apatah lagi menontonnya. Dosa dah tentu2 dapat. Haizhh..
Sozcyili : cik kiah hantar rombongan pergi kl.
Tiada ulasan
Catat Ulasan