Login EMAILDUIT dapat 100juta.
Ini ialah scam terbaru dari saya untuk anda. Ramai2 tolong join sebab saya terlalu yakin ramai orang melayu bodoh. Siyes neh. Bagi saya mencari wang menggunakan hasil tipu2 lebih bagus daripada berusaha keras. Mari sini saya ajarkan anda cara2 untuk menipu wang rakyat malaysia. Ataupun lebih tepat tipu orang melayu.
Mula-mula korang kena register dulu kat emailpenipu.akupenipu.kokenatipu.padanmuka.com
Lepas tue korang kena jalankan strategi penipuan korang step by step. Takpayah fikir panjang. Ikut je cara penipu macam aku neh. Biasalah kalau tak tipu banyak, macam mana moa kaya cepat weh.
1. Dah register kat emailpenipu.akupenipu.kokenatipu.padanmuka.com
2. Lepas tue jalankan strategi marketing menipu. Dengan spam email orang. Nak lebih power korang leh tambah ayat2 menarik macam WOW login email 1 saat dapat 1 juta, ataupun Hebat! Login email 1o saat dapat 100 juta. Pandai2 lah reka ayat korang untuk menipu. Jangan lupa spam kat facebook dan twitter. Percayalah. Otak penipu macam kita memang fikir bahawa orang melayu mmg bebal. Ini siyes.
3.Sambil2 spam ko kena upgrade account ko. Pasal apa kalau ko tak upgrade acc ko rugi. Kalau upgrade setiap kali ko berjaya tipu orang upah ko rm1. Kalau ko tak upgrade setiap kali ko berjaya tipu orang ko cuma dapat seposen. So ko dah rugi 90sen kat situ. Upgrade cuma perlu rm100 je. Ko masukkan dalam bank acc aku. Lepas dah upgrade sambung balik operasi tipu orang.
4. Bila dah ada orang kena tipu dengan ko maka ko boleh lah berbangga makan wang hasil tipu. Hidup memang untuk menipu beb. Kalau tak menipu tak feel lah jadi manusia.
Lepas agak2 dah ramai orang kena tipu, kita cabut. Cipta sistem menipu yang lain pula. Biasalah orang melayu kan memang jenis cepat terpedaya. Kalau bukan kita yang nak tolong tipu dorang, sapa lagi yang nak tolong kan. Heh
Sozcyili : Hidup untuk menipu
Tiada ulasan
Catat Ulasan