t>

Breaking News

Hot : Cara mudah tipu orang melayu.

Sebenarnya dah ramai yang cuba interview saya untuk kongsikan tips2 yang betul untuk menipu orang melayu. Sebagai pakar penipu saya memang sibuk ya nak kongsikan tipsi2 tue semua sebab sentiasa sibuk nak menipu sini sana. Tetapi di atas pujukan seorang blogger yang bernama sozcyili akhirnya membuatkan saya akur untuk mendedahkan rahsia kejayaan saya dalam dunia penipuan di internet. Bagi anda yang mahu berjaya seperti saya boleh lah amalkan penipuan yang dibuat oleh saya neh.

Sozcyili : Encik penipu, bagaimanakah anda menemui rahsia untuk menipu orang melayu melalui internet?

Penipu internet : Mudah sahaja. Setelah saya menafsir otak melayu saya dapati kebanyakkan dari mereka memang tamak dan bodoh. Malahan mereka mahukan duit datang terbang2 kepada mereka tanpa perlu usaha keras. Itu sebab saya menipu. Saya neh dikira macam membantu juga lah kepada mereka2 neh agar mereka faham sikap masing2.

Sozcyili : Berapakah pendapatan harian anda melalui skim tipu2 melayu neh?

Penipu internet : tak terkira. Sebab saya ada pelbagai strategi dengan pelbagai nama + watak + lakon wayang + pentas + web + dan macam2 modul penipuan.

Sozcyili : Hebat. Boleh kongsikan serba sedikit tipsi penipuan encik dengan kami?

Penipu internet : Boleh. Begini antara cara2 yg saya sering gunapakai. Saya andaikan kita menipu menggunakan laman web. Mula2 kita bina satu laman web untuk menjual ebook. Kemudian nya kita bina blog. Dalam 3 ataupun 4 blog. Dan mainkan watak2 dalam blog tersebut. Lebih kurang macam berlakon lah. Cuma kali neh kita tak gunakan platform tv. Sebaliknya gunakan internet. Kemudian kita buat lah watak konon nya pemilik2 blogs tersebut telah menjadi testimoni kepada product kita. Nak lebih dasat, lagi bagus kalau kita dapat bentuk 1 team penipu yang cekap. Boleh kita buat video. Kemudian sebarkan kepada melayu2 yang mudah kena tipu. 

Sozcyili : Apakah peluang pasaran menipu neh masih terbuka luas lagi?

Penipu internet : Ya, malahan berkembang. Jika dulu kita cuma menipu guna blog dan website. Tapi kini kita ada video, ada facebook dan twitter. Ini memudahkan lagi bentuk penipuan. Saya hanya perlu cipta 10 ataupun 20 account fb dan menyamar sebagai orang lain untuk memuji2 product saya. Saya yakin orang melayu memang mudah cair dengan taktik macam neh. Bagi saya taktik ini memang classic tetapi berkesan sampai ke hari ini.

Sozcyili : Antara taktik2 lain yang menarik yang boleh dishare sekali?

Penipu internet : Tunjukkan gambar duit. Ataupun angka duit. Jangan bimbang kerana kita memang ada pakar teknologi yang mahir. Kita boleh create semula gambar yang seakan2 bank account untuk tipu orang. Kita mesti berusaha untuk tipu orang habis-habisan. Kalau tidak macam mana lah kita nak kaya segera.

Sozcyili : Macam mana pula dengan anak2 buah encik penipu? Adakah mereka juga kaya seperti anda?
Penipu internet : Owh tidak.. tidak. Mereka semua nya bodoh. Sistem piramid yang diasaskan oleh saya hanya mampu mengkayakan saya sendiri. Yang lain2 tue hanya mampu menjadi kuli batak saya dan mereka akan terus terusan ditipu oleh saya. Itu sebab pangkat mereka anak2 buah penipu bukan macam pakar menipu macam saya.

Sozcyili : Tidak kah anda risau akan orang lain yang mungkin cemburukan kejayaan anda?

Penipu internet : Owh tidak.. tidak. Mereka melayu memang macam tue. Pantang tengok orang menipu sket. Mula lah sebar kat blog. Aididleak ke apa ke itu semua nya hanyalah cemburukan rahsia kejayaan saya yang boleh hidup aman di malaysia tanpa kekangan penguatkuasa meskipun telah menipu orang berkali2 dengan pelbagai identiti.

Sozcyili : Apakah ada pesanan terakhir untuk mereka2 di luar sana yang ingin berjaya seperti anda?

Penipu internet : Teruskanlah menjadi bodoh. Semakin anda bodoh semakin senanglah penipu macam saya boleh berkarya.

Lambaian hebat penuh sinis. Hanya melayu pemalas berangankan doraemon - mutiara kata encik penipu internet.

Sozcyili : Perlian sopan untuk mereka

Tiada ulasan