t>

Breaking News

Mahkamah Berhak Tayang Video xx - Nazri aziz

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret mempunyai hak untuk menggunakan kuasanya dalam menimbangkan sama ada mahu atau tidak menayangkan video seks yang didakwa memaparkan individu mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata tidak timbul sebarang persoalan sama ada perbuatan itu salah atau betul kerana pada hakikatnya mahkamah mempunyai kuasa bagi membolehkan video itu ditayangkan. 

“Mahkamah itu mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan sama ada mahu membenarkan penayangan video berkenaan,” katanya dipetik Bernama Online.

“Isu pokoknya adalah sama ada mahkamah mempunyai kuasa atau tidak,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 pada sidang Dewan Rakyat.
-bernama-

Hahahahah.. 0key kita terima ianya sebagai salah satu prosuder di mahkamah. Nak cakap apa lagi? Nazri cakap ikut perlembagaan. Dan perlembagaan ini mereka yang punya.

Sozcyili : tanpa mahkamah pun boleh buka porno gak kan...?