t>

Breaking News

Majalah xx ini ada permit, tetapi perhimpunan bersih haram?


Muka depan majalah FHM. Sebelum-sebelum ini pun memang kontroversi lah juga cover page majalah neh. Tak kira lah apa pun bangsa + agama mereka tetapi porno tetap lah porno kan? Mana ada agama + bangsa yang menghalalkan porno melainkan atas kapasiti individu itu sendiri.


Tapi majalah neh tak salah. Mereka berhak menerbit dan menjualnya di khalayak ramai kerana telah diberikan permit. Begitu juga dengan sang pembeli. Mereka pun tak salah. Sebab majalah neh memang boleh dijual dan dibeli di malaysia secara terbuka. Salah satu kandungan dalam majalah tersebut ialah ;



Seluar dalam untuk dua orang? Owhh okey. Antara salah satu segmen yang ada dalam majalah neh kot. Petikan online je neh pun. Mereka jual seluar dalam untuk dua orang. Hahahah.. Kita malas nak ulas lebih-lebih pasal majalah neh sebab tak pernah beli pun. Cuma nak bagitau sikap bias dan tidak adil kerajaan terhadap rakyat lah kan.


Kalau di ikutkan majalah2 neh tak patut wujud di malaysia. Tapi dorang cakap majalah neh diterbitkan untuk memenuhi selera orang bukan islam. Ye ke? Adakah tanggungjawab pemimpin islam ialah untuk memenuhi selera porno orang bukan islam? Entah, taktau pula aku. Kira nya kewujudan majalah neh di malaysia ialah kesalahan orang bukan islam semata-mata lah kan? Seolah2 orang bukan islam cintai porno lah tue ye? Betul ke tue? Kalau takde orang bagi permit, boleh terbit ke? Heh.


Ringkasan nya mudah iaitu apa2 perkara yang porno + lucah + haram di malaysia ianya dihalalkan oleh kerajaan atas alasan tuntutan orang bukan islam. Menteri pula tak berani nak ambil tindakan sebab banyak lagi gadis2 melayu + islam berbogel sana sini depan belakang kamera. Dan tiada menteri tegur. Jakim tak tegur. Jamil khir tak tegur. Mashitah tak tegur. Ulama muda umno pun tak tegur. So takan nak amek tindakan tegur majalah2 macam neh pula kan? Kesudahannya porno di malaysia dibiarkan dan ia dah jadi macam satu kebiasaan pula di kalangan masyarakat kita bila tv3 pun antara yang menjadi alat mempromosikan porno.


Sebab itu kita sebagai rakyat jadi hairan bila mereka melatah isu perhimpunan bersih. Adakah majalah porno ini tidak merosakkan pemikiran rakyat? Adakah perhimpunan itu sahaja yang mereka nampak? Ada banyak benda haram di malaysia neh dan ianya berleluasa. Kerajaan boleh memberikan kata2 bahawa perhimpunan ini haram andaikata sebelum2 ini mereka memang menyekat apa2 yang haram daripada masuk ke malaysia. Tetapi kata2 mereka sekarang hanya dipandang sinis oleh rakyat malaysia. Kerana perkara yang jelas haram nya kerajaan tidak bertindak malahan menyokong pula perkara tersebut, manakala perkara yang tiada jelas haram nya seperti perhimpunan bersih ditentang habis - habisan oleh kerajaan. Kan ini tidak adil. Ada 26juta rakyat di malaysia. Tak kesemua mereka bodoh + pekak + tuli + buta info. Harap faham.


Sozcyili : Dia fikir rakyat bodoh.. tapi siapakah yang bodoh sebenarnya?