Radhi (OAG) Mampu Solat Lima Waktu
Alhamdullilah. Satu perubahan yang sangat-sangat positif. Seronok melihat perubahan-perubahan ke arah kebaikan yang dilakukan oleh artis-artis islam kita. Sebagai manusia, kita bukanlah maksum. Sudah tentu melakukan pelbagai kesalahan dan tersilap langkah. Apa yang mesti adakah kita masih meneruskan kesilapan yang sama berulang-ulang kali ataupun sanggup reform diri kita ke arah kebaikan.
Pengakuan yang berani oleh radhi OAG neh bagi aku memang menarik. Dan yang paling menarik ialah dia berubah meskipun secara berdikit. Itu lebih baik daripada tak melakukan perubahan langsung. Baca kat bawah neh ;
Pengakuan yang berani oleh radhi OAG neh bagi aku memang menarik. Dan yang paling menarik ialah dia berubah meskipun secara berdikit. Itu lebih baik daripada tak melakukan perubahan langsung. Baca kat bawah neh ;
Penyanyi Radhi (OAG) yang sudah lima bulan berada di Rumah pengasih mengakui berjaya melakukan sembahyang lima waktu termasuklah berhenti menghisap rokok.Radhi berkata, setiap kali mendengar azan berkumandang, dia terus akan melakukan solat secara berjemaah.“Saya sudah tidak tinggal solat lagi dan setiap kali saya teringat tentang kisah silam, saya akan cepat menunaikan solat.“Saya juga tidak menghisap rokok lagi. Ia juga sebagai persediaan untuk saya melakukan konsert ‘Radhi Back On Stage’ tidak lama lagi,” katanya.
Paling menarik Radhi berkata dia seronok selepas berada di Pengasih kerana dia dapat kembali aktif bermain bola sepak kerana telah lama saya meninggalkan sukan itu.
Dalam masa yang sama dia turut berbangga apabila jadual waktunya lebih teratur, selalu mengerjakan solat dan tidur pada waktu yang awal. -MSTAR-
Satu semangat yang positif. Bukan nak tuduh artis kaki tinggal solat. Jangan salah faham. Cuma seronok melihat ada nya artis-artis muslim malaysia yang semakin menuju ke arah kehidupan islam yang sebenarnya. Semoga perubahan seperti neh berterusan kepada artis yang lain dan orang2 islam yang lain di malaysia neh. Solat sebenarnya menyatukan kita. Itu sebab ada beza antara orang islam yang bersolat dan orang kafir yang tidak bersolat. Hahaha..
Sozcyili : Satu lagi perubahan yang baik dari artis.. jangan menghukum mereka yang sedang belajar untuk berubah..
Tiada ulasan
Catat Ulasan