Rozita Che Wan Malu 'Berguling' Dengan Shahir
Hahahaha.. adakah pengarah telefilem neh sengaja mengambil kesempatan di atas hubungan cinta rozita dan shahir? Tak perlu kot ada babak guling-guling dalam drama-drama tempatan. Taktau lah guling sambil berpeluk ke guling asing-asing ke tapi rozita cakap dia rasa malu.. baca kat bawah ;
Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta.Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis."Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja."Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," selorohnya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.
Kadang-kadang memang ada pengarah yang suka amek kesempatan di atas pasangan artis yang sedang kemaruk bercinta. Sampaikan suruh buat adegan peluk2 lah. Tapi rasanya kalau pasangan masing2 pandai menolak cadangan pengarah2 yang suka amek kesempatan macam neh lagi bagus kot.
Semoga rozita dan shahir cepat-cepat berkahwin. Lepas tue nak guling ke nak golek ke takde kot orang nak kata apa2. Hahaha..
Tiada ulasan
Catat Ulasan