t>

Breaking News

Saksi: Khir beri surat sokongan pada Proniaga

Bukan kah memberikan surat sokongan kepada mana-mana syarikat ketika berkhidmat sebagai penjawat awam [dalam kes neh khir toyo ketika itu ialah menteri besar selangor] merupakan satu kesalahan?

Sepatutnya selain dari kes pemilikan hartanah banglo yang didapati dengan cara "tidak sihat" khir harus didakwa atas tuduhan mengarahkan projek2 dan tender2 kerajaan negeri selangor diberikan kepada kroni2 dia juga. Macam2 harta selangor dia bolot, last2 rakyat cuma dapat penyapu je. Apa daa..

Baca bawah ;

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo ada memberi surat sokongan kepada Pengarah Urusan Proniaga Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni untuk membangunkan projek perumahan di Seksyen 3, Tambahan Bandar Baru Bangi.

Bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Harun Salim berkata bon pelaksanaan untuk syarikat Proniaga bagi tujuan itu telah dilupuskan keperluannya dan digantikan dengan 'directors shareholders guarantee' setelah perkara itu diputuskan Jawatankuasa Penswastaan projek PKNS yang dipengerusikan Dr Mohamad Khir ketika itu.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud, Harun menegaskan segala pemberian projek dan keputusan berkenaan projek itu adalah mengikut prosedur ditetapkan jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan.
 


Sozcyili : Orang ini banyak buat salah tetapi kenapa cuma 1 kesalahan je yang dibicarakan?

Tiada ulasan