Ummi mahu gelaran 'Datuk Seri' Anwar dilucutkan
"Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya."Saya ingin ingatkan kepada Anwar supaya jangan heret rakyat ke jalanan untuk mengadakan reformasi, ini bukan zaman reformasi.
"Dia perlu bersihkan dirinya terlebih dahulu dan mengakui kesilapan diri, bukan terus-terusan menafikan kekhilafan," katanya."Kerajaan yang sedia ada cukup kuat untuk mentadbir rakyat bukan seperti parti pembangkang yang tidak rasional.
"Pelajar universiti tidak perlu diheret mengadakan reformasi, Anwar sebenarnya terdesak sekiranya dia menggunakan pelajar untuk meraih sokongan," katanya.
Antaranya NGO yang tampil membuat laporan polis adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Melaka, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA).Umi Hafilda, 37, mengeluarkan kenyataan itu sebaik hadir memberikan sokongan kepada 13 NGO yang membuat laporan polis berkenaan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Balai Polis Melaka Tengah. -malaysiakini-
Dengar citer ummi ada terbabit satu skandal rasuah membabitkan kementerian pelancongan tapi kes tue dah terdiam selama dua tahun. Dan selesai ke? Ummi dah bersih dari kesalahan rasuah ke?
Tiada ulasan
Catat Ulasan