Umno Shah Alam gesa 2 tol dimansuh
Umno Shah Alam hari ini meminta kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam, yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.
Perkara itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan Ketuanya Datuk Ahmad Nawawi M Zin kepada Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor menerusi Setiausaha Politiknya Datuk As'ari Ibrahim, untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebanyak 23 badan bukan kerajaan turut menyokong memorandum yang diserahkan selepas perasmian persidangan perwakilan bahagian itu.
Antara lain, memorandum itu menyatakan warga Shah Alam khususnya, telah lama terbeban dengan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang.
"Kebanyakan pengguna adalah warga Shah Alam yang bertugas sama ada di Petaling Jaya ataupun Kuala Lumpur, yang setiap hari perlu membayar RM2.10 untuk perjalanan pergi balik," kata memorandum itu yang dibuat hasil daripada usul semua Umno cawangan di Shah Alam pada mesyuarat mereka sebelum ini.
Bagi pengguna dari Klang ke Kuala Lumpur, mereka harus membayar di kedua-dua Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu 3 berjumlah RM4.20 bagi perjalanan pergi balik.
Selain itu kata memorandum tersebut, kedua-dua tol terbabit telah beroperasi lebih 20 tahun dan sudah pasti pemilik konsesi sudah dapat mengutip balik pelaburan mereka.
--Bernama
Aku pelik lah dengan saranan umno neh. Dia taktahu ke negara akan bankrupt kalau mahsuhkan tol? Nama aje penyokong umno tapi tak ikuti setiap ucapan datuk seri najib razak. Tah pape. Negara tak boleh hapuskan tol sebab ianya akan jejaskan pendapatan negara dan negara akan bankrupt jika perkara seperti ini diteruskan.
Kalau kita tengok buku jingga, anwar ibrahim ada memberikan saranan yang sama. Tetapi najib razak telah membidas bahawa tindakan ini hanya akan merugikan negara. Di harap lainkali umno shah alam rujuk ucapan najib razak terlebih dahulu sebelum bagi apa2 idea yang menyusahkan perdana menteri dan negara.
Tiada ulasan
Catat Ulasan