t>

Breaking News

Hishamuddin : Himpunan BERSIH negara akan huru hara.




ALOR SETAR 11 Jun – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein khuatir perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan itu.

Beliau berkata, ini kerana demonstrasi jalanan yang dijadual pada 9 Julai di ibu negara turut mendapat bantahan daripada banyak pihak yang menentang.
“Saya tengok orang yang tidak bersetuju dengan Bersih juga hendak buat perhimpunan dan banyak permintaan yang tak bersetuju dengan Bersih.

“Polis dan KDN akan pantau jangan sampai huru-hara negara kita ini kalau dua pihak iaitu yang menyokong dan menentang, bertembung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pendang di Kompleks Paya Mak Ansun di Pendang dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas rancangan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan menganjurkan tunjuk perasan Bersih yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.

Hishammuddin berkata, pihaknya akan bertindak jika berlaku pertembungan antara dua pihak itu hingga menjejaskan keselamatan.
“Bukan sahaja pihak berkuasa tetapi rakyat sendiri akan tolak Bersih kerana ia menyusahkan perjalanan harian mereka.
``Tiap-tiap demonstrasi jalanan yang marah orang biasa, yang tidak berdosa, orang berniaga dan orang nak bawa anak ke sekolah,” jelasnya.

Nampaknya tiap-tiap perhimpunan yang melibatkan rakyat ialah perhimpunan yang huru hara. Tiap-tiap perhimpunan yang melibatkan kerajaan ialah perhimpunan yang bagus. Baru aku tahu. Lainkali kalau nak berdemo sila tunggu jadual parti pro kerajaan ataupun NGOs pro kerajaan berdemo. Barulah di anggap tidak menyusahkan orang dan menimbulkan huru hara.

Sozcyili : Aku buat halal, ko buat haram.

Tiada ulasan