Wakil pembangkang perlu letak jawatan jika sertai BERSIH.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, ini disebabkan kesemua mereka tidak mempercayai sistem demokrasi dan pilihan raya yang diamalkan di negara ini. Beliau berkata, sekiranya mereka enggan berbuat demikian, ia membuktikan bahawa pihak pembangkang yakin dengan sistem sedia ada dan mengiktiraf hak rakyat untuk memilih.
"Saya ingin bertanya, adakah wakil rakyat pembangkang yang mendapat jawatan tersebut atau gelaran 'Yang Berhormat' secara sah? Jika ya, mereka telah mengakui bahawa pilihan raya ini diadakan dengan adil dan untuk apa lagi perhimpunan Bersih.
"Tetapi jika wakil rakyat ini masih bertegas mengatakan sistem demokrasi di negara ini tidak betul, ia bermakna mereka memegang jawatan secara tidak sah kerana mereka dipilih melalui sistem pilihan raya yang tidak sah, maka mereka perlu meletakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat pihak pembangkang untuk meneruskan perhimpunan haram Bersih di ibu negara pada awal bulan depan.Wan Khairul Ikhsan yang juga Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) menyifatkan perhimpunan haram tersebut hanya satu polemik dan strategi politik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kekuatan pembangkang di negara ini masih sama seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
"Kalau benar Pilihan Raya Umum 2008 tidak bersih, masakan mereka memenangi lebih 80 kerusi di Dewan Rakyat dan menawan lima buah negeri. Ini adalah perhimpunan yang 'tidak bersih' untuk menyusahkan rakyat.
"Saya pernah terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 2007 dan tahu bagaimana cara mereka bergerak, tetapi kali ini saya percaya ia tidak akan berjaya serta tidak mendapat sambutan daripada rakyat," katanya. -utusan-
Main tipu di tempat yang berpeluang tipu. Jangan main tipu di tempat yang tak berpeluang untuk menipu. Nanti terbongkar.
Tiada ulasan
Catat Ulasan