t>

Breaking News

Yusof haslam : Pekida tak perlu ugut..



KUALA LUMPUR: “Kenapa saya perlu minta maaf sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung tuntutan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang memberi masa tujuh hari kepadanya untuk memohon maaf selepas mendakwa filem KL Gangster seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan samseng.

Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd itu berkata, sebagai orang lama dalam dunia perfileman, beliau tahu apa yang boleh dan tidak dalam sesebuah filem, malah KL Gangster sudah dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum ditayangkan di pawagam.


“Saya berusia 57 tahun dan sangat lama dalam bidang ini. Sudah puluhan drama dan filem berbentuk kepolisan serta jenayah kami terbitkan, kami sentiasa berhati-hati memantau semua sudut produksi supaya tidak menyentuh sensitiviti atau menyinggung mana-mana pihak.

“Saya tidak tahu apa motif mereka (Pekida) sehingga boleh memberi tempoh kepada saya memohon maaf. Bagaimana kita mahu memartabatkan industri perfileman kalau perkara begini berlaku,” katanya.


Jumaat lalu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman mendesak penerbit filem KL Gangster dan Kongsi memohon maaf kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan sinonim dengan pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, seolah-olah mengaitkan Pekida sebagai kumpulan gengster.


Baru aku tahu rupanya nama penuh kumpulan pekida ialah = pertubuhan kebajikan dan dakwah islamiah malaysia. Tang mana islamiah nya weh? Awat tak macam islamiah pun? Tah pape lah weh. Nama kumpulan tak mencerminkan jatidiri pun. Orang2 pekida yang aku kenal [walaupun baik dengan aku] takde pula aku nampak macam pro islamiah pun.. sebaliknya pro kemelayuan je.. ha ha ha jangan marah arh.. cakap based on pengalaman aku.. maybe lain orang lain pengalaman dia kan.

Ingatkan shamsul yusof jaja nama pekida dalam filem neh. Rupanya sekadar ada nama2 ayahanda, abg long etc je.. yang pekida neh dok perasan sangat kenapa pula? Makan cili ka? ha ha ha.. 

Sozcyili : pedas lah tue.

Tiada ulasan