36 bom petrol dirampas, dipercayai ada kaitan dengan Bersih
Sekarang apa? Terorist? Peserta bersih sekarang ialah terorist? Bagaimana dengan isu lina joy, dana yahudi dan murtad? Sudah tamat? Ini ialah cubaan yang berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi perhimpunan aman bersih. Bersih bukan perhimpunan ala komunis ataupun mahu menghidupkan perjuangan komunis.
Tolong berhenti menfitnah peserta bersih. Ini akan menimbulkan rasa benci kepada orang yang difitnah. Jika ko hari2 difitnah, adakah ko akan rasa seronok dan suka ria? Sudah tentu ko akan rasa marah dan sakit hati. Kenapa kerajaan dan polis masih tak faham perkara yang cukup mudah neh? Laporan berita neh sangat tidak bertanggungjawab dan biadap.
SHAH ALAM 5 Julai – Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini, malam semalam, disyaki berkaitan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.
Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat. – Utusan
Ini ialah fitnah. Tak perlu cakap. Kami peserta bersih mahu berhimpun cara aman, bukan nak pergi bom orang. Laporan ini sudah melampau.
Tiada ulasan
Catat Ulasan