t>

Breaking News

PDRM, ATM kerjasama hadapi perhimpunan bersih, Sabtu ini


KUALA LUMPUR 5 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan haram yang dirancang pada Sabtu ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid berkata, bagaimanapun khidmat ATM akan digunakan berdasarkan kepada keperluan.

"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara ATM dan PDRM di Kem Sungai besi di sini hari ini. - Bernama

Lantak lah nak panggil sapa pun. Nak kawal keadaan, kawal je lah. Tak payah lah fitnah perhimpunan bersih yang bukan2. Panggil lah ATM seluruh negara pun untuk kawal keadaan tetapi jangan sesekali serang rakyat dan tuduh kami yang bukan2. Ini cuma perhimpunan aman dan tidak akan menganggu sesiapa pun.
Sozcyili : suka besarkan citer..

Tiada ulasan