t>

Breaking News

Ali Rustam mahu kerakyatan Ambiga dilucutkan

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam mahu kerajaan persekutuan melucutkan taraf kewarganegaraan pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

NONEBercakap kepada wartawan selepas mesyuarat Persekutuan Kebangsaan Pesilat Malaysia (Pesaka), Ali yang juga presiden pertubuhan itu berkata seseorang yang cuba menghuru-harakan negara ini tidak layak menjadi warganegara.

"Ada ahli yang mahu kerakyatannya dilucutkan atau mengenakan perintah buang negara ke atasnya.

"Lebih baik hilang satu orang daripada hilang banyak nyawa,” katanya sambil menambah ia hanya cadangan ahli Pesaka kepada kerajaan persekutuan supaya bertindak tegas ke atas Ambiga yang juga bekas presiden Majlis Peguam. -MKINI-

 Sozcyili : Sapa sebenarnya yang cuba huru harakan negara sekarang neh...

Tiada ulasan