t>

Breaking News

Pakai baju bersih kat dalam pun kena tahan.

Ini dah betul2 gila. Manada undang2 yang berhak halang orang nak pakai baju apa pun. Sudah lah baju bersih dikatakan haram dan tak boleh dipakai secara terbuka. Kini pakai secara tertutup pun kena tahan dengan polis. Kegilaan apakah ini?

3 orang ditahan oleh polis kerana pakai baju bersih di dalam sedangkan mereka pakai baju lain di luar. Kira macam pakai baju dua lapis lah. Kat luar baju lain. Kat dalam baju lain. Tapi itu pun tak boleh. Polis tetap tangkap gak sebab dikatakan langgar undang2. Undang2? Aku rasa nak muntah dengar. Baca bawah ;


Tiga anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Batu Gajah, Perak pada jam 9.20 pagi ini kerana memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0, meskipun mempunyai baju lain di luarnya.

Menurut timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing, ketiga-tiga mereka ketika kejadian sedang menikmati minuman teh apabila ditahan polis.

"Polis minta mereka buka baju dan tahan mereka apabila baju dalam yang dipakai adalah baju BERSIH,” lapor Tan.

Ahli PKR itu dikatakan sedang menikmati minuman pagi dan tidak melanggar sebarang undang-undang sebelum didatangi beberapa orang pihak polis.

Seorang anggota polis itu dikatakan secara tiba-tiba bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning BERSIH 2.0 yang dipakai di bahagian dalam dan terus ditangkap.

Mereka yang ditangkap itu adalah timbalan ketua cawangan Batu Gajah Adnan Talib, 50, naib ketuanya Anthony Wijaya, 50, dan pengarah skuad Pemuda Perak Tamil Selvam, 28.

Ketiga-tiga lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis Batu Gajah untuk siasatan. -MKINI-

Sozcyili : Ini undang2 sewel.

Tiada ulasan