t>

Breaking News

Hot : Artis lelaki kaki bomoh


MELIHAT keadaan sekeliling, kehidupan kita kini boleh dikatakan berada dalam dunia moden dan serba canggih. Kalau dulu bak kata orang Negeri Sembilan, “api dalam kaco, air dalam bosi”. Sekarang makin hebat dengan pengenalan gajet-gajet canggih seperti iPad 2, yang hanya memerlukan kita menyentuh jari di skrin untuk melihat pelbagai kandungan di dalamnya. 

SS sangkakan apabila sudah maju, masyarakat terutamanya artis yang dikenali dengan cerita kuat mak esah (berbomoh) sudah meninggalkan perkara-perkara khurafat ini. Maklumlah, zaman dulu mungkin kalangan artis susah nak mempromosi diri kepada peminat, terpaksalah menggunakan bomoh untuk jadi pelaris.

Kini dengan adanya laman sosial facebook, Twitter dan pelbagai lagi yang SS sendiri pun tak terkejar, tentulah mudah untuk mereka berinteraksi dan mendekati peminat. Jadi tak perlulah nak bersusah payah meredah hutan dan kampung-kampung berjumpa bomoh handal bagi mencari tangkal azimat. 

Bagaimanapun sangkaan SS silap apabila diberitahu seorang artis lelaki muda masih kuat mengamalkan dan mempercayai amalan yang semakin dipinggirkan. 

Terkejut bukan kepalang malah bulu roma SS serta merta meremang naik apabila mendengar cerita yang disampaikan satu sumber ini. 

Katanya, sepanjang mengenalinya, dia terkejut apabila artis ini sering bercakap 
mengenai amalan-amalan yang menjurus kepada percayakan bomoh dan perlu mengamalkan amalan tertentu supaya kekal diminati ramai. 

Bahkan dari sumber lain, dia diberitahu artis ini sering mengasap kemenyan 
di rumahnya. Tujuannya mungkin untuk menghindari unsur-unsur jahat dan meminta aura baik mendekatinya. 

SS terkejut mendengar kisah ini walaupun sebelum ini tahu dia seakan menghadapi konflik dalam diri.  SS sifatkan hidupnya penuh misteri. Disebabkan itulah jarang media memetik kenyataannya apabila bercakap mengenai isu peribadi kerana hari ini dia cerita lain, kalau jumpa esok versi lain pula yang timbul. 

SS pernah juga dengar cerita dia kecewa dengan media kerana dikatakan pilih kasih memberi publisiti terhadapnya. Setahu SS, rasanya media tak pernah berbuat demikian kerana tahu bakatnya yang besar. 

Jika kata media tak tolong, takkan hasil karyanya dulu meletup sehingga berjaya cipta sejarah. SS tak marah kerana tahu mungkin isu ini timbul sewaktu jiwanya tengah kacau.

Cara-cara nak bina duit dengan gossip.

1. Cari satu idea.

2. Tulis kan sebuah artikel.

3. Nama artis mesti dirahsiakan. Almaklumlah cerita tipu mana boleh tulis nama artis.

4. Gambarkan seolah2 artis itu ternama / terkenal. Kalau boleh kaitkan dengan artis2 glamer, biar menimbulkan syak wasangka.

5. Baca dan sunting beberapa part yang tak perlu.

6. Hantar pada editor.

7. Okey dah siap. Tunggu lah gaji tiap2. 

Sekian.

Sozcyili : Aku nak bergossip pasal SS pula.. boleh?

Tiada ulasan