t>

Breaking News

RTM akan siarkan video polis pada himpunan BERSIH

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

NONEBeliau berkata apa-apa video mahupun gambar yang dapat menjawab tomahan yang mendakwa pihak berkuasa berlaku zalim terhadap para peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu, perlu didedahkan kepada orang ramai.

"Sehubungan itu, RTM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu menyiarkan perkara sebenar kepada masyarakat. 
"Dan saya yakin setakat ini (video) yang telah diberikan oleh PDRM, ia sahih dan boleh digunakan sebagai maklumat am dan khusus kepada masyarakat," katanya. - MKINI-

Video di sisi pdrm hanya mewakili PDRM je.. apa kata siarkan video dari semua pihak dan biar masyarakat menilainya secara adil dan saksama?

Sozcyili : Hahaah.. macam video memali pula dah... 

Tiada ulasan