Banner pembangkang kejam?
Lihat banner di atas neh. Aduhaii.. pembangkang kejam? Berapa lah kos buat banner neh agaknya? Guna pula warna kuning.. kata takut bersih. Tak takut ke kalau banner neh di cop sebagai banner bersih? Hahaha..
Harap2 lain kali kedua2 belah pihak boleh lah sama2 matang. Tak salah kan kita berbeza pendapat. Biasalah itu adat dalam kehidupan neh. Menerima perbezaan adalah lebih baik daripada berbalah2 sehingga membawa kepada permusuhan yang serius. Selalunya bila dah bermusuh, kita hanya akan fikirkan aku dan ko salah ataupun sebaliknya.
Pembangkang pun manusia juga. Aku percaya kalau kerajaan dan pembangkang bersama2 berkerjasama dalam memajukan negara adalah lebih baik daripada bertelingkah sesama sendiri. Tak kesahlah pembangkang ataupun kerajaan, tak boleh ke sama2 duduk semeja dan bincang masalah rakyat tanpa perlu bermusuhan sesama sendiri? Boleh rasanya buat macam tue. Cuma antara hendak dengan tidak hendak je.
Sozcyili : politik itu bagus, yang tidak bagus politician.
Tiada ulasan
Catat Ulasan