Kerajaan setuju SPR guna biometrik
KANGAR 23 Julai - Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini hari ini. - Bernama
Kaedah biometrik ni apa? Kaedah cop jari ke? Kita kena fahamkan betul2 kaedah neh sebelum membuat apa2 persepsi. Urmmm...
Tiada ulasan
Catat Ulasan