Bekas ustazah murtad gagal cabar mahkamah.
Ustazah? Murtad? Yang sebenarnya tah betul dia ustazah ke tidak pun tak pasti lagi. Mungkin dia boleh suka-suka claimed dia ustazah tapi pada hakikatnya sapa tahu dia neh ustazah ke bukan. Susah sikit aku nak percaya berita utusan neh. Bukan aku nak kata utusan menipu dalam isu neh. Cuma aku rasa si murtad neh saja je suka2 claimed dia ustazah tapi tah2 dia bukan ustazah. Baca bawah ;
PUTRAJAYA 18 Julai - Seorang pengikut ajaran sesat Ayah Pin yang mengisytiharkan dirinya murtad, gagal dalam usaha untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan bertujuan mencabar hak dan kebebasan beragama di sisi perlembagaan.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Clement Allan Skinner.
Kamariah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 30 Disember 2005 yang menolak permohonannya untuk merujuk isu-isu perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan.
Pengikut 'Kerajaan Langit' itu dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 3 Mac 2008 selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) kerana keluar daripada Islam.
Hakim Azhar ketika membacakan keputusan itu menyatakan, perayu memohon deklarasi bahawa dia mempunyai hak mutlak dan bebas memilih serta menentukan agama pilihan sendiri dan bukan tertakluk kepada pengisytiharan dan/atau pengesahan mana-mana pihak.
Menurut beliau, mahkamah bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan terdahulu yang mendapati permohonan bekas ustazah itu merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana isu yang dibangkitkan itu sudah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Tan Sri Md. Raus Sharif (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) berpendapat, tindakan tersebut merupakan cubaan kali kedua disebabkan dia sebelum ini telah memohon kepada mahkamah untuk menentukan perkara serupa.
Sehubungan itu, panel tersebut bersetuju dengan dapatan hakim berkenaan bahawa tiada keperluan merujuk isu itu kerana persoalan sebenar yang hendak diketengahkan adalah untuk mendapatkan perisytiharan bahawa dia tidak lagi mengamalkan agama Islam (murtad).
Apa yang aku fahamkan dalam kes neh ialah makcik yang murtad neh cuba mendapatkan pengistiharan murtad melalui undang2. Maknanya dia nak mahkamah mengakui bahawa dia murtad. Dan mahkamah tidak mahu meluluskan permohonan dia.
Aku tak kata aku sokong tindakan kamariah neh. Jangan salah faham. Tapi menyimpan orang murtad dalam islam apa faedah nya? Walaupun mahkamah tidak mengistiharkan dia murtad, adakah dia masih bukan murtad? Nampaknya tidak. Dia tetap murtad. Dia telah telah keluar dari islam. Sepatutnya kita kena gubal satu undang2 bagi memerangi golongan murtad. Sah kan aje dia murtad. Dan hukum dia kerana dia murtad.
Selagi tidak dikawal gejala murtad neh selagi itu lah perkara neh akan membahayakan orang lain. Kita boleh faham kenapa ada orang yang peluk islam atas tali perkahwinan dan keluar dari islam. Tapi agak hairan juga kalau dah lahir islam kemudian keluar dari islam. Orang yang memeluk islam [mualaf] neh, kita boleh bimbing dia baik2 agar tetap di jalan Allah swt, tapi orang yang lahir islam neh kita kena bagi hukuman keras sebab dorang neh boleh mempengaruhi akidah umat islam yang lain. Sebab itu akta murtad perlu dibuat bagi mengekang gejala murtad.
Walaupun kamariah dihukum penjara dua tahun, aku tak rasa hukuman itu setimpal. Sepatutnya sekolahkan dia balik dalam ilmu islam biar dia faham dan terbuka ahti menerima hidayah. Kurung dia dalam penjara boleh dapat apa?Silap2 dia pengaruh orang lain biar murtad sekali macam dia. Takan nak biarkan dia guna nama kamariah, mengaku melayu dan lahir islam untuk memurtadkan orang pula dan mengambil kesempatan hak keistimewaan bumiputera?
Bagi aku orang yang murtad patut disahkan murtad. Tulis je kat IC dia neh murtad dan sedang dalam kawalan jabatan agama untuk membetulkan balik akidah dia. Hukum dan kurungkan dia dalam penjara memang boleh tapi biarlah seiring dengan didikan agama. Kalau semata2 nak hukum dia dalam penjara 2 tahun lepas tue dia bebas keluar sana sini untuk pengaruh orang, baik tak payah. Sekian.
Berita penuh disini
Sozcyili : Dah nak masuk tahap nenek dah..
[ADS] Nak letak gambar korang kat galeri klcc?Klik sini untuk info penuh.
[ADS] Nak letak gambar korang kat galeri klcc?Klik sini untuk info penuh.
Tiada ulasan
Catat Ulasan