t>

Breaking News

Sosej babi pun ada cop JAKIM? Biar betul!


Gambar di atas neh dikatakan ialah sosej babi. Sosej babi ini cop halal daripada jakim. Ada dua perkara yang kita kena fikirkan sebelum membuat apa2 tuduhan iaitu ;

1. Sosej itu bukan sosej babi

ATAU

2. Cop jakim adalah palsu.

Andai lah benar sosej itu sosej babi dan jakim bagi halal kepada sosej tersebut maka ini adalah sangat babi. Boleh bayangkan betapa teruknya cara jakim buat kerja? Tetapi macam aku katakan tadi, kita kena tunggu dan baca dulu statement daripada pihak jakim. Dalam masa yang sama aku telah melakukan sedikit pemerhatian pada gambar yang disiarkan. Aku lihat gambar di atas betul2. Aku dapati bahawa selain dari chorizo neh dia akan proses bahan yang lain juga. 

Sekarang katakan dia guna kilang yang sama untuk proses sosej babi dan sosej tak babi? Korang boleh fikir tak apa yang aku fikir? Yacks! Geli siot. Aku tak pernah makan jenama sosej neh. Aku makan betul2 daripada ramly dan ayamas. Lain2 brand aku tak berani makan dah. Ada lah aku makan buatan orang islam product2 dari usahawan iks. Itu aku percaya lah. Orang melayu buat dan kilang nya pun aku tahu di mana.

Tapi aku musykil gak. Dah berapa ramai agaknya yang memakan sosej babi neh. Bukan kah sepatutnya daging ayam dan daging lembu ada beza? Dah tue daging babi apa pula rasanya sampai orang tak boleh beza? Rasa macam ayam ka? Itu nak kena tunggu pemakan babi bagitau dulu rasa dia macam mana. Pasal aku pun tak pernah makan babi secara direct so taktau lah rasa dia macam mana. Tapi ramai di antara kita dah makan babi secara indirect. Tak kira lah samada melalui ubat ke ataupun apa2 je tapi yang penting nak cakap umat islam bebas dari pengaruh babi di malaysia neh hampir mustahil kot.

Nota : kenapa nak tutup nama brand sosej babi neh arh?

Sumber dari sini 

Sozcyili : Babi makin glamer.

Tiada ulasan