DAP semakin ghairah hina Islam
KUALA LUMPUR 13 Julai - Keghairahan pemimpin DAP untuk memetik hadis nabi secara semberono, sedangkan mereka sendiri tidak beriman kepada kenabian Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan tindak-tanduk Pas yang terlalu mengejar matlamat politik berbanding agama.
Sambil membidas kegagalan Pas itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam merupakan satu lagi detik hitam kepada agama Islam.
Beliau yang kesal dengan perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim menegaskan, tindakan sewenang-wenang sekutu Pas itu memetik hadis nabi tanpa beriman kepada kenabian Rasulullah, adalah biadab serta menghina kesucian agama Islam.
"Jangan hanya kejar kuasa politik semata-mata. Sekali sekala jenguk-jenguklah rakan seperjuangan agar Islam tidak menjadi bahan politik. Apakah pemimpin Pas yang melaung-laungkan mereka kalangan ulama sudah lupa atau demi kepentingan politik sanggup membiarkan perkara itu berlaku.
"Seingat saya, ini bukan kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah sudah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran. Bukankah akidah itu terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya ketuhanan, keduanya kenabian dan ketiganya sami'yat.
"Dalam konteks ini, mereka yang membacakan hadis nabi itu perlu beriman dengan nabi. Kalau tidak beriman bagaimana mereka mahu percayakan hadis berkenaan. Beriman dahulu baru boleh baca hadis nabi," katanya seperti dipetik dari portal http://umno-online.com.
Untuk lebih adil, ada baiknya kita diberikan peluang untuk menonton rakaman penuh. Almaklumlah utusan dah banyak kali putarbelitkan cerita so kalau ada apa2 rakaman penuh elok ditunjukkan je agar kita masing2 boleh menilai sendiri ya atau tidak dap menghina islam.
Tapi pelik juga kalau hadis nabi saw hanya boleh dibaca oleh orang islam je. Nanti semua orang bukan islam tak berani nak beli buku2 islamik sebab nanti dikatakan hina islam pula. Ada baiknya memperjelaskan bahawa ada perbezaan membaca hadis nabi dan menggunakan ia sebagai hujah. Dalam keadaan tertentu memang bahaya jikalau orang bukan islam tidak tahu makna hadis nabi yang sebenar dan tafsir ikut akal dia je. So kat sini salah. Sebab bab2 menafsir bukan kerja dia. Itu kerja2 ustaz. Tapi kalau sekadar membaca untuk memberitahu, takan salah pula?
Sebab tue penting untuk mendengar rakaman penuh bagi mengelak sebarang salah faham dan keraguan. Bukan nak tuduh sapa2 tetapi rekod membuktikan banyak kali yang umno memang suka tipu2 maklumat untuk mengaburi hal sebenarnya.
Sozcyili : sapa sebenarnya hina islam neh? Hahaha
Tiada ulasan
Catat Ulasan