t>

Breaking News

Najib, Hentikan lah pemerintah ala mubarak! - Media antarabangsa.


Telah memberikan serba sedikit ulasan mengenai protes bersih 2.0 yang berlangsung baru2 neh. Artikel tersebut ditulis oleh simon tisdall. Simom memberitahu kepada najib bahawa pemerintahan ala mubarak tidak akan berkesan di malaysia. Ulasan simon kebanyakkan nya memetik pandangan2 yang pro kepada bersih. Dalam erti kata lain artikel itu sebenarnya merupakan satu nasihat dan sindiran halus kepada kepimpinan najib razak. Harap-harap dia faham.

Sudah tentu najib razak akan baca artikel tersebut. Dan sudah tentu lah dia akan tahu bahawa apa yang dia lakukan terhadap peserta bersih telah dikecam oleh masyarakat antarabangsa. Kita tidak perlu berada di palestine untuk dizalimi. Cukup duduk di malaysia dan menjadi pro pembangkang. Kita akan dizalimi sepertimana israel menzalimi rakyat palestine.

Penulis tersebut juga mengulas tentang insiden polis menyerang hospital dan sempat pula mempromosikan fan page anti najib di facebook. Penulis juga menulis bahawa najib agak terlebih2 kerasnya dalam isu menanggani protes bersih dan cara mengawal peserta protes walaupun tiada mana2 peserta yang melakukan kekerasan dan keganasan. 

Mereka [kerajaan] bah kan tidak dapat menjumpai satu gambar kekerasan sehingga sanggup edit gambar orang yang pegang bendera kepada pisau bagi tujuan memburuk2kan bersih. Itu kan fitnah namanya? Nampak dan faham tak betapa pendemo bersikap aman dan sabar malahan konsisten berpegang kepada prinsip bahawa kita tidak akan serang polis dan kata2 itu kita berjaya kotakan sehinggalah ke akhir protes. <-- penulis antarabangsa tidak tulis neh, neh ulasan peribadi aku jadi jangan salah faham.

Bayangkanlah media antarabangsa yang mana pengaruh mereka lebih besar dan luas, dibaca lebih ramai orang, melihat keburukan najib dan kerajaan malaysia, tak malu ke barisan nasional khususnya umno? Apabila orang luar baca keburukan najib mereka akan kutuk najib dan kepimpinan najib. Bukan malaysia. Ini kerana mereka faham bahawa ;

malaysia = negara


rakyat malaysia = penghuni negara


najib = pemimpin yang kejam


kerajaan najib = kerajaan kejam


Jadi yang dikutuk disini ialah najib bersama kerajaan zalimnya. Bukanlah malaysia. Sudahlah membayar rm77juta setahun kepada apco [yahudi zionist] untuk memberikan khidmat perunding, last2 disebabkan ego sendiri dalam isu bersih segala2nya hancur apabila imej najib dikecam saban hari di pelbagai media antarabangsa. Itupun tak masuk blogs. Betul lah kata orang setiap kezaliman yang kita buat, ada balasan nya. Kini najib + umno + kerajaan barisan nasional sedang menerima kecaman. Adakah ini salah satu bentuk balasan juga? Anda tentukan.


Sozcyili : malu bertanya sesat jalan, najib.

Tiada ulasan