t>

Breaking News

Demo bersih di klcc hari neh?


Menurut maklumat daripada rakan blogger terdapat satu kumpulan kecik berkumpul di klcc tadi bagi mengenang kematian arwah baharuddin salah seorang peserta demo minggu lepas. Di atas neh ialah gambar yang di ambil dari blog umno. Nampaknya mereka berdemo dan memakai baju kuning. Urmm.. polis tak nak tangkap ke ataupun sudah fobia akibat hentaman dari pelbagai pihak dalam dan luar negara?

Kumpulan tersebut berkumpul jam 2 petang ke atas sebelum menunjukkan sepanduk2 mereka bagi memprotes kematian arwah baharudin yang didakwa tidak adil dan hasil kekejaman pihak polis malaysia pada bersih 2.0 minggu lepas.

Semoga pihak polis mengambil sedikit iktibar daripada kekerasan mereka kali neh. Sebenarnya perhimpunan tetap boleh disuraikan tanpa tear gas dan water cannon [andai polis berdegil taknak bagi berhimpun kan]. Kalau polis terlalu keras kepala dan degil memang akan berlaku insiden yang tidak sihat seperti kematian. Nampak tak bagaimana arwah baharudin menjadi mangsa polis? Polis pula bukan nak minta maaf dan mengaku salah. 

Sedang peserta bersih dah bertolak ansur dan sanggup berhimpun di stadium. Ia perlukan tolenrasi dari semua pihak untuk berkerjasama. Tak guna juga kalau peserta bersih asyik beralah dan bertolak ansur tetapi pihak polis degil, angkuh dan ego taknak memahami dan tak nak pula cuba untuk mendengari. Fikirlah. Jangan bertindak kejam lagi ataupun generasi akan datang akan mengangap bahawa polis ialah penjenayah berlesen di malaysia. Sekian.

Sozcyili : Sapa ada jual baju bersih lagi?

Tiada ulasan