t>

Breaking News

Kempen 1 Juta Tandatangan Sokong Gagasan 1 Malaysia Menggalakkan

Menurut berita neh, dipercayai hampir pasti mereka dapat sokongan satu juta tandatangan atas dunia realiti. Urmmm 27juta rakyat malaysia.. takan sasaran 1juta je kot? Tapi betul ke maklumat yang pihak polis dapat tue bahawa cuma 6k orang yang terlibat dalam perhimpunan bersih? Pasal apa setahu aku pasukan polis yang dikerahkan bertugas pun dekat 5k di seluruh kuala lumpur pada hari tersebut. 

Yang kena tangkap pun dekat 2k samada dicatatkan ataupun tidak dicatatkan.. urmm.. harap sebelum bagi maklumat tue boleh periksa dulu kesahihan nya lah. Aljazeera lapor seratus ribu, malaysiakini lapor melebihi 50k jadi mana satu kita nak percaya neh? Berita berat sebelah ataupun portal bebas? Baca bawah ;

Kempen kutipan 1 juta tandatangan orang ramai bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran sebuah badan politik dilancarkan serentak di 212 lokasi di seluruh negara hari ini.


Kempen yang dianjurkan oleh Kongress India Muslim Malaysia (Kimma) memberi peluang kepada orang ramai untuk menyatakan sokongan mereka secara aman, tanpa perlu mengadakan sebarang perhimpuan yang menganggu ketenteram awam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di sini.

“Kempen ini adalah untuk majoriti pasif yang ingin menyatakan sokongan mereka kepada gagasan 1Malaysia. Mereka mencari saluran yang betul dan aman. “India, Cina dan Melayu yang menandatangani ini sedar bahawa kita semua bukan lawan tapi adalah kawan, bergabung bukan bersaing, yang mahu membawa nama negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata tandatangan tersebut mewakili mereka yang bersemangat menginginkan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran kekal teguh dan terus disokong melalui gagasan 1Malaysia. Menyentuh perhimpunan haram 9 Julai lepas, Ahmad Maslan berkata beliau dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bahawa hanya 6,000 orang yang menyertai perhimpunan itu berbanding jumlah 27 juta penduduk di negara ini.

Justeru itu, katanya, majoriti rakyat kini bijak untuk memilih saluran yang betul dan tepat untuk menyampaikan sebarang pandangan, kritikan, serta sokongan mereka pada sesuatu perkara. Sementara itu, Presiden Kimma Senator Datuk Syed Ibrahim Abdul Kader berkata lebih 100,000 tandatangan berjaya dikumpul semalam iaitu di Jalan Masjid India dan di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan kempen yang dijalankan serentak hari ini akan berakhir pada pukul 6 petang ini.

Syed Ibrahim berkata sambutan orang ramai amat mengalakkan dan mereka tidak dipaksa untuk menurunkan tandatangan sebagai sokongan, malah mereka telah meminta untuk berbuat demikian. “Kita amat positif untuk mendapatkan 1 juta tandatangan ini. Kimma hanya menunjukkan jalan dan membantu rakyat yang ingin menyatakan sokongan mereka kepada gagasan 1Malaysia,” katanya.

Beliau berkata tandatangan tersebut dijangka akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis yang akan diadakan oleh Kimma kelak. -umnoonline-

Sozcyili : Kimma neh sebahagian ahli umno ke?

Tiada ulasan