t>

Breaking News

Isu bersih 2.0 : Mathias Chang kepada Najib : Jawab 7 soalan ini.


Siapa yang tak kenal Mathias Chang? Pegawai Mahathir yang cekap dan antara yang paling lama berkhidmat di bawah mahathir mohammed. Jika sebelum ini Mahathir telah menyuarakan pendapat bahawa BN boleh kalau teruk angkara cara najib menanggani isu bersih 2.0, kali ini bekas pegawai mahathir, mathias chang tampil dengan kenyataan yang lebih berani dan pedas.

Mathias chang menulis  ;

Bagi Mathias, perhimpunan 9 Julai 2011 menimbulkan tujuh persoalan untuk dijawab oleh Najib:

1) Mengapa para pakar "Strategi lautan biru" gagal menjangkakan dengan tepat apa akan berlaku dalam Bersih 2.0 dan membuat langkah awal?

2) Kenapa pasukan keselamatan kebangsaan gagal menjangka apa berlaku dalam Bersih 2.0 dan bila PM dan menteri kabinet ditaklimatkan tentang demonstrasi itu?

3) Kenapa kerajaan BN membenarkan agen provokasi Perkasa mengambilalih tugasnya dalam mengendalikan Bersih dan diikuti oleh Pemuda Umno yang tidak matang? 

4) Mengapa Najib flip-flop dalam keputusannya membenarkan perhimpunan di stadium dan memberikan kebenaran kepada polis untuk bertindak sepenuhnya?

5) Apa yang menyebabkan agen propaganda BN merasa dengan menyekat seluruh ibu negara akan menyebabkan rakyat marah kepada pembangkang bukannya kerajaan BN?

6) Adakah penilaian dibuat terhadap kesan dari tindakan keras terhadap demonstrasi Bersih 2.0. Adakah ia berjaya mengekalkan penyokongnya atau menghalau keseluruhan 40 peratus pengundi atas pagar dari BN?

7) Adakah dikenalpasti objektif yang hendak dicapai dengan pendekatan kasar menghadapi Bersih dan bagaimana ia boleh menambahkan lagi sokongan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang?

Bagi menghadapinya, Matthias memberikan tiga cadangan untuk Najib:

1) Arahkan para penasihat politik beliau menonton  siri TV “The Three Kingdoms” dan belajar asas-asas strategi politik.

2) Hantar sepupu beliau, Datuk Seri Hishamudin Husein iaitu Menteri Dalam Negeri untuk dianalisa  jiwanya  untuk “Enlarged Ego Syndrome” (EES) dan menyusun semula semua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

3) Masukkan ke dalam peti sejuk semua pimpinan Pemuda Umno pimpinan Khairy Jamaludin. Ini kerana masalah sebenar Najib bukannya pembangkang tetapi dalaman BN sendiri. <-- Then angkat anak mahathir sebagai pemimpin. Hehehe.

Bacaan penuh disini. 

[ADS] : undi blogger pilihan dengan hotlink ataupun mungkin anda sendiri terpilih? Klik sini


Sozcyili : Najib kata bersih 2.0 tak dapat sambutan tapi kenapa ramai marahkan najib?

Tiada ulasan