t>

Breaking News

Kedai Koperasi 1Malaysia akan diwujudkan. - Menteri Ismail Sabri.

Selepas kedai runcit 1malaysia, kini kedai koperasi 1malaysia pula akan diwujudkan oleh menteri KPDNKK.  Koperasi neh diwujudkan untuk membantu rakyat malaysia luar bandar yang miskin. Dengan koperasi neh mereka akan menjual harga barang2 runcit lebih murah sehingga 40% dari harga pasaran.

Aku sejujurnya ada sedikit pelik. Apakah beza jenis barangan yang dijual di kedai runcit berbanding kedai koperasi sehingga koperasi boleh menjual murah sehingga 40 peratus berbanding kedai lain? Kata kes kenaikan harga makanan ialah masalah global. Takan lah kedai koperasi terkeluar dari masalah global pula? Kes kedai koperasi neh kedai global lain dan takde kena mengena dengan global bumi?

Andai KDPNKK boleh jual sebegitu murah, kenapa tak buat dari dulu lagi? Kalau KPDNKK boleh jual murah sudah tentu lah KPDNKK boleh suruh peniaga jual murah macam KPDNKK buat. Ini bukan soal subsidi sebab KPDNKK tak sebut pun pasal subsidi kat sini. Kalau kena subsidi untuk wujudkan koperasi lagi lah orang gelak. Elok2 satu malaysia boleh dapat barangan murah dengan subsidi, kini hanya koperasi je yang dapat barangan murah dengan subsidi. Kan dah jadi pelik ? Ada banyak kupasan sebenarnya tapi tak perlu sebab benda neh tiada kaitan dengan subsidi.

Tapi memang hairan sebab kerajaan rupanya mampu jual murah sehingga 40%. Baca bawah ;
BERA 10 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkenalkan Koperasi 1Malaysia (Koop 1 Malaysia) bagi membantu rakyat luar bandar mendapat barangan pada harga lebih murah sehingga 40 peratus.


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedai tersebut adalah hasil kerjasama Koperasi Permodalan Felda (KPF) Berhad dan Felda Trading yang akan mengedarkan barangan runcit sedia ada di luar bandar dan tanah rancangan Felda.


Menurut beliau, Felda Trading yang mempunyai rangkaian kedai D'Mart di tanah rancangan itu berperanan membekalkan produk keperluan pada harga murah dan di kedai runcit terpilih di setiap daerah.


"Pengedaran produk tersebut membabitkan barangan keperluan termasuk beras, susu, lampin bayi dan lain-lain akan dilaksanakan selepas hari raya Aidilfitri nanti.


"Komitmen kementerian dan KPF sangat tinggi sekali gus membuktikan usaha membantu rakyat di luar bandar serta tanah rancangan menjadi keutamaan,`` katanya kepada Utusan Malaysia selepas melawat tapak Fiesta Bera di sini hari ini. - Utusan

Sozcyili : Tandas 1malaysia bila lagi?

Tiada ulasan