Jual barang BERSIH, polis masih ambil tindakan
Nampak sangat takutnya. Jual barang bersih selepas habis perhimpunan pun nak tangkap ka? Alahaii.. fobia sangat ke dengan warna kuning??? Baca bawah ;
Polis akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan dan menangkap individu yang menjual barangan yang mempunyai logo berkaitan perhimpunan haram Sabtu lepas kerana ia menyalahi undang-undang.
Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata sebarang penjualan barangan termasuk pakaian seperti kemeja-t atau tali leher yang mempunyai logo penganjur perhimpunan haram itu adalah tidak dibenarkan sama sekali.
"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit sekiranya ada laporan yang dibuat.
"Sesiapapun tidak akan terlepas daripada tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini mengenai penjualan tali leher mempunyai logo perhimpunan haram itu sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam. -MKINI-
Tindakan yang tak masuk dek akal. Biarlah mereka nak jual barangan bersih. Nak jadikan tanda ingatan dan kenang-kenangan. Tak perlu lah nak ber-amaran keras polis weh. Aku rasa bersih bakal menjadi salah salah satu ikon sejarah terpenting negara. Andai tangan yang menulis sejarah tue tidak mengubah apa2 fakta lah kan. Dan sejarah juga akan mencatitkan betapa takutnya kerajaan bn kepada bersih. Haizhh..
Sozcyili : fobia.. lewtew..
Tiada ulasan
Catat Ulasan