t>

Breaking News

Kerajaan ada duit beli pesawat baru walaupun kata nak bankrupt?

Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah.

ahmad zahid hamidiMenteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu perlu ditukarkan.

Beliau berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih.

"Memang diakui Eurofighter Typhoon, sebuah pesawat tempur yang terbaik namun harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat uji nilai secara terperinci. Bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Jom Masuk Umno anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Tenggara di Kota Tinggi, semalam. -MKINI-

Kata negara aman. Dia canang satu malaysia, bahawa negara kita aman damai makmur dan macam2 lagi. Tapi sibuk pula beli pesawat baru macam malaysia nak berperang. Ke nak makan komisen billion2 lagi? Kalau sungguh pembelian ni telus dan untuk kegunaan ATM takpe lah. Cuma janganlah berlaku kes enjin jet hilang macam dulu lagi ye. 

Hahahaa..

Sozcyili : komisen lagi lah jawabnya..

Tiada ulasan