t>

Breaking News

Hot : Data peribadi pengguna CIMB, nuffnang, advertlets dan streamyx dicerobohi!

Semalam ada terima satu email dari nuffnang. Mereka memberitahu bahawa pangkalan data mereka telah dicerobohi dan beberapa maklumat berupa data2 peribadi pengguna telah tersebar. Maknanya disini korang kena tukar password nuffnang lah bagi mengelakkan apa2 kejadian yang tidak di ingini. Aku dah tukar. 

Bagi yang menggunakan password dan email yang serupa untuk nuffnang, fb, twitter dan blog diminta berjaga2 lah ya. Tukarlah kesemua password bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Sebelum nuffnang, mereka juga dah berjaya mengodam pangkalan data streamyx tetapi tiada data peribadi pengguna dilepaskan. Kurang pasti kenapa. Sebelum neh mereka melepaskan data2 petribadi web yang mereka berjaya ceroboh. Sila baca maklumat di bawah neh terlebih dahulu ;

Dear Nuffnanger,

Hope this email finds you well! We'd like to ask if you could please spend a few minutes of your time on this very important community announcement.

Yesterday evening on Friday (22nd July), we discovered an illegal and unauthorised intrusion into our network, which was the latest in a series of hacking incidents by a group of individuals who also claim to have targeted Streamyx, CIMB, TV3 and the several other local websites previously. In our case, the hackers claimed to have downloaded a portion of our blogger account information and published the emails of some 30,000 Nuffnang accounts.

Untuk rekod mereka juga dah berjaya godam pangkalan data streamymx, tv3 dan CIMB. Tujuan mereka ialah nak meningkatkan keselamatan web2 terkenal neh sebenarnya. Bukan ada niat jahat. Walaupun  ramai juga kecik ahti bila pengodam neh mendedahkan maklumat2 peribadi pengguna yang berdaftar dengan web2 terbabit. Lihat bawah ;



Maklumat aku pun tak terkecuali rasanya. Dan semalam mereka juga telah mendedahkan 1000 maklumat data pengguna bagi advertlets pula. Selepas neh kita taktahu apa lagi web yang mereka bakal uji tahap keselamatan nya. Bagi memudahkan sebarang alert pasal neh aku cadangkan kita like fb mereka.

Supaya kita tahu apa web yang mereka berjaya godam dan kita akan cepat2 tukar password selepas itu bagi mengelakkan kita pula kena ceroboh oleh hackers ataupun orang2 yang ada niat tak elok ke atas kita. Kalau nak tahu, pihak gaysec akan update status fb mereka setiap kali mereka melepaskan data2 peribadi pengguna sesuatu web yang berjaya dicerobohi.

Sebab tue  adalah wajar kita like fb mereka. Untuk like klik sini.

Ingat ya, bagi sesiapa yang ada berdaftar dengan nuffnang dan advertlets, tukar password anda bagi menjaga privacy masing2. Sekarang neh web gaysec kena blocked dengan SKMM. Mungkin tak semua orang boleh masuk laman web mereka.

Sozcyili : Bahaya gak.. neh

Tiada ulasan