t>

Breaking News

KPN minta tolong DR. Asri dalam isu bersih walau Dr. Asri dilabel pengganas?



Pelik. Betul2 pelik. Pagi tadi MKN bermesyuarat bagi membincangkan kaitan beberapa tokoh ilmuwan agama antaranya dr. asri yang berkemungkinan terlibat dalam aktiviti wahabi dan aktiviti terorist. Aktiviti neh dikatakan didalangi dari negara arab saudi. Urmm.. 

Selain dari dr. asri beberapa ulama pro umno turut disebut2 nama mereka dalam mesyuarat terbabit sebagai mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan terorist. Dan apa yang lebih pelik ialah pengakuan dari dr asri bahawa KPN ada menghubunginya baru2 neh berhubung isu bersih. Lihat bawah ;



"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

"Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.


Rupanya KPN ada minta tolong dr asri dalam diam2 ya. Hahaha.. Mungkin bukan dr asri je kot yang KPN hubungi.. ye tak? Tapi terus terang aku cakap yang kerajaan malaysia neh memang spesis kelam kabut. Belum apa2 lagi dah buat tuduhan orang neh komunis, kumpulan itu terorist, individu ini pengganas.. aduhaiii.. menimbulkan konflik dan kekacauan je lah.


Sepatutnya siasat dulu. Kalau ada bukti boleh lah bagi kenyataan. Ini tidak. Cakap je. Mesyuarat sana sini kemudian jaja nama orang itu ini. Akhirnya orang yang taktahu apa2 terus menyangka bahawa ustaz asri neh label terorist. Mengacaubilaukan umat islam semalaysia je lah mereka neh. Betul2 menyusahkan!


Sumber dari sini

Sozcyili : Dulu orang barat tuduh orang islam penganas, kini orang islam sendiri tuduh orang islam penganas.. Hahaha.. lawak plak..

Tiada ulasan