t>

Breaking News

Lagi molotov cocktail ditemui, ada kaitan dengan BERSIH.

Alah sudah-sudah lah tue polis weh. Masih tak faham bahasa ataupun enggan akur pada kekalahan? Agong dah perkenankan kumpulan bersih [baca kumpulan bersih, bukan haram, ini gelaran yang Agong sendiri berikan kepada kami] untuk berhimpun di stadium pada 9 julai 2011 ini. 

Namun sekarang najib dah mula main tariktali. Semalam dia cakap nak berhimpun kat stadium sampai pagi pun takpe. Terpekik dan terlolong lah puas2. Tapi hari neh dia buat kenyataan lain. Dia cakap ada syarat nak berhimpun kat stadium. Apa syaratnya aku tak pasti lagi sebab dia belum declare tapi dah memang nampak semacam dah. Silap2 laluan kita ke stadium menjadi sukar pula. 

Mana lah kita nak tahu kan. Apatah lagi bilamana perkasa dan patriot tarik diri daripada berhimpun. Andai kata tiba2 mereka nak berhimpun umpama jilat ludah sendiri. Sebab semalam mereka kata akan patuh pada titah Agong atas dasar hormat. Lagipun mungkin mereka malu kot sebab Agong tak amek tahu pasal patriot dan perkasa. Dalam titah Agong cuma disebutkan "beta mengikuti dengan rapat kumpulan bersih" <-- hanya kumpulan bersih je Agong sebut. Patriot ka, perkasa ka takdak. Agong tak sebut. Agong tak layan lah tue. Silap2 Agong pun taktau kewujudan depa. Heheheh..

Terima kasih Agong. Sebab mengikuti perkembangan kami dengan rapat. Dan terima kasih kerana memahami rakyat sehingga kami dibenarkan berhimpun pada 9 julai 2011 ini. Walaupun dalam stadium kita masih boleh meluahkan perasaan kita kepada SPR. Kita anggap perhimpunan dalam stadium ialah permulaan babak pertama kepada pembersihan SPR. Andai kata SPR berdegil, maka jangan salahkan rakyat tidak bertolak ansur dan bawa isu neh ke atas jalanraya pula pada masa akan datang.

Namun, apa yang amat aku kesalkan bilamana ;

1. Pakatan mula setuju buat di stadium

2. Agong sudi jumpa Ambiga dan telah bagi kelulusan buat di stadium

Tiba2 je isu terorist neh di mainkan pula oleh media utusan. Baca bawah ;

KUALA LUMPUR 5 Julai – Polis menemui tiga bungkusan plastik hitam berisi bom molotov cocktail, mercun bola, parang dan baju T Bersih di tiga lokasi negara awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua barang berbahaya itu ditemui disembunyi dalam pokok hiasan di hadapan Restoran The Ship di Pertama Kompleks, Wisma Bumi Raya dan pusat beli-belah Sogo di sini sekitar pukul 6.30 pagi.

Beliau berkata, polis percaya bungkusan diletak oleh tiga lelaki bertopeng menaiki kereta Proton Waja itu adalah untuk digunakan masa perhimpunan haram pada Sabtu ini. – Utusan

Aik? Biar betik. Jalan citer neh buat aku kelakar. Pertama macam mana dalam waktu yang sama polis tahu ada 3 bungkusan yang berlainan di lokasi yang berlainan pada hari yang sama?

Macam mana polis tahu ada 3 lelaki bertopeng? Adakah ada rakaman cctv? Motif lelaki bertopeng letak bungkusan kat situ untuk senang dijumpai orang, kenapa? Dah polis jumpa, sudah tentulah ia mudah dijumpai. Kalau tak, mesti lah ada rakaman cctv. Sebab tue polis tahu dia letak kat mana, kan? Pokok hiasan di sogo? Urm.. sapa2 kat sogo boleh tak korang tangkap gambar pokok hiasan kat sogo tue? Kalau dekat restoran the ship tue aku leh bayangkan. 

Dan aku boleh kata, lawak lah juga kan dorang nak sorokkan barang kat situ. Benda tue terbuka walaupun pokok hiasan tue nampak macam boleh sembunyikkan barang. Memang lawak arh sapa2 yang letakkan bom petrol kat sana. Seriyus kelakar habis.

Rekod polis dalam mencari penjenayah, penculik, pencuri kereta dan motor bukan lah rekod yang boleh membuatkan orang tersenyum. So aku pelik bila cepat pula polis dapat kesan benda neh sehari selepas perhimpunan bersih dijadualkan akan berlangsung di kl. Heh.

Sozcyili : Lagi lawak.

Tiada ulasan