t>

Breaking News

Bersih: Pengaman mahu polis guna ISA ke atas penganjur

Apa neh? Najib cakap boleh berhimpun dalam stadium. Neh yang bantai bawa polis, bawa ATM dan bawa FRU segala bagai pada hari tersebut, apa pula motifnya? Bersih berkemungkinan besar berhimpun dalam stadium. So tak perlu lah kot memburukkan bersih dengan pelbagai tohmahan dan macam2 fitnah. 

Cukup2lah tue. Dan bebaskan lah mereka semua yang tidak bersalah dengan segera. Tak payah lah babitkan mereka dengan isu keselamatan dalam negara lah, maklumat daripada perisik lah. Ancaman luar lah. Tah pape lah weh. Baca bawah ;


SHAH ALAM 5 Julai - Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) mahu pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur perhimpunan haram Sabtu ini jika situasi menjadi mendesak dan mencabar.

Pengerusi yayasan itu Tan Sri Samsuri Arshad, yang merupakan bekas timbalan ketua polis negara berkata, tindakan itu wajar diambil sekiranya polis mempunyai maklumat risikan yang mengatakan terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.

“Pengaman yakin polis mempunyai maklumat risikan yang lengkap mengenai kekacauan, keganasan dan kemusnahan, yang mungkin berlaku jika perhimpunan haram ini dibenarkan, terhadap keadaan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

“Ini bagaimanapun terpulang kepada budi bicara polis yang berasaskan kepada risikan khas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Samsuri percaya polis telah bertindak berdasarkan alasan munasabah apabila tidak meluluskan permit untuk perhimpunan itu diadakan setelah mengambil kira maklumat risikan mengenai trend keselamatan di dalam dan luar negara. - Bernama

Sozcyili : diktator sungguh.
[CONTEST] Pencarian hartakarun online kini bermula, rebut hadiah sehingga rm75k disini

[CONTEST] Jom kira-kira. Kiraan yang paling cepat dan tepat menang rm1ribu disini

[CONTEST] Tinggal lagi 6 ipad2 untuk dimenangi, bersedia kah dengan cabaran ini?

Tiada ulasan