Media massa di arah burukkan BERSIH setiap hari.
Media massa dilarang untuk menyiarkan apa2 gambar provokasi yang melibatkan pihak polis. Jika pihak polis menzalimi mana2 peserta bersih media dilarang menyiarkan, memainkan, menghebahkan berita2 berkaitan. Sebaliknya media diminta supaya memburukkan bersih setiap hari sebelum menjelangkan himpunan bersih 2.0 pada minggu depan.
Di samping itu pihak media di arah menamakan himpunan bersih sebagai himpunan haram dan bukan nya himpunan bersih. Terdapat beberapa andaian bahawa ;
1. pada hari 9 julai polis akan mengepung seluruh bandar2 utama di kl bagi mengekang orang ramai dari keluar masuk.
2. perintah berkurung akan dikenakan dalam tempoh beberapa jam.
3. individu yang keluar akan disyaki sebagai peserta himpunan bersih.
4. beg dan barang akan digeledah bagi mencari apa2 barang berkaitan bersih.
5. jalan ke kl akan dipantau termasuklah bas sekalipun.
6. polis akan ditempatkan di ktm, lrt dan monorail tertentu.
7. polis mungkin memakai uniform dan mungkin menjadi orang biasa
8. geng2 p*k*-- yang dilaporkan pro kepada bersih ialah agenda provokasi pihak tertentu.
9. sesiapa yang membawa kamera akan dikira sebagai cubaan merakam dan di anggap peserta himpunan bersih.
10. Polis mungkin akan mencatit no ic masyarakat yang keluar pada hari itu.
Dan ada banyak lagi andaian2 yang timbul. Apa pun peserta bersih sudah di ingatkan berkali2 bahawa bersih ialah himpunan aman. Bukan provokasi. Jika berlaku provokasi, rakam dan sebarkan. Kita perlu tahu siapa mereka, apa agenda mereka dan kenapa mereka menimbulkan provokasi meskipun bersih ialah himpunan aman.
Dalam masa yang sama, kita minta kerjasama semua pihak agar jangan sesekali mencari pasal dengan polis. Ini untuk kebaikan bersama. Baca bawah ;
Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat.
Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.
Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.
Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk “Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.
Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehiMalaysiakini, tujuan seminar itu “mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan.”
Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.
Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.
Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk. -MKINI-
Sozcyili : Apakah ini demokrasi?
Tiada ulasan
Catat Ulasan