t>

Breaking News

Bersih : SKMM akan bertindak tutup website tertentu.

Nampaknya kerajaan mara selangkah ke hadapan dengan menutup website pula kali neh. Mana2 website yang mempromosikan bersih sebenarnya didapati telah melanggar arahan yang ditetapkan oleh kerajaan dan disebabkan itu lah website berkenaan akan ditutup. Mereka cakap apa2 perkara yang salah dan haram dalam dunia nyata ianya juga tertakluk dalam dunia internet.

Kiranya sekarang kalau kita promote bersih via website maka risiko bahawa website kita akan ditutup adalah sangat-sangat tinggi. Ini mungkin termasuklah blog dan sebagainya. Sebagai langkah berjaga-jaga aku telah pun save kan kandungan blog bagi kedua-dua blog yang aku miliki.Yelah mana lah tahu kot2 yang mungkin blog, fb dan twitter pun termasuk dalam ops lalang online bersih ke. So elok gak lah ahti2 sikit.

Tapi kan benda neh membuatkan aku teringat pasal mesir. Yang mana hosni buat sekatan internet untuk halang penyebaran maklumat. Hosni tue kejam memang lah jahat tindakan dia tapi bn kata mereka tak kejam so apakah rasionalnya di balik tindakan mereka pada kali neh? Siyes aku tak faham. Perlu ke berperang dengan rakyat sendiri? Rakyat yang inginkan keamanan dan keadilan dalam sistem pilihanraya? Rakyat yang hanya meminta satu perhimpunan aman? Kalau boleh nak kawal, kawal je lah. 

Tiada siapa yang marah sebab bersih memang mahukan perhimpunan yang aman. Jadi kalau polis sudi berkerjasama dan bimbing kita, tentu kita seronok. Tapi jangan serang kita dengan water cannon segala bagai pasal kita bukan nak cari pasal dengan polis. Tolong lah faham..

Maklumat lanjut pasal sekatan SKMM baca disini.

Sozcyili : Semakin terdesak

Tiada ulasan