Melaka lanjutkan operasi pusat hiburan atas permintaan.
Ceh. Ingatkan beria2 pongpangpongpang pasal kedah yang menghadkan premis hiburan daripada kemasukan orang islam menjadikan umno lebih bagus daripada pas. Rupa nya hampeh. Dorang punya lah berlagak pongpangpongpang kutuk pas sebab pas kedah tak mampu kurangkan operasi perniagaan premis hiburan melainkan hanya mampu menguatkuasakan undang2 jika terdapat orang islam di dalam premis tersebut. Rupanya dorang bercakap dalam mengutuk memang hebat. Memang hebat. Kutuk pas dan kutuk dasar pas yang menghadkan orang islam daripada menjejaki premis hiburan, memang hebat cara umno.
Betapa hebatnya dorang bila dorang baru2 neh melanjutkan operasi premis hiburan di melaka daripada pukul 1 kepada pukul 3 atau 4 pagi. Ini bermaksud kalau dulu tak tutup pukul 1 dan polis tahu, maka premis itu boleh lah diserbu. Tetapi sekarang tidak lagi. Dah alang2 nak dekat waktu subuh, pe kata melaka bagi je dorang beroperasi sampai ke subuh. Alang2 nak berhibur biarlah sampai ke subuh terus. Kan hebat. Heh.
Operasi hiburan di lanjutkan ke 3 pagi hanya pada hari jumaat sampai ahad. Hehehhe.. hari jumaat sampai hari ahad. Lantak ko lah ali rustam. Ko kan hebat dan alim. Ko kan pro islamik. Ko kan pandai kutuk2 kelantan dan puji melaka melalui papan tanda. Lihat sini. Apa yang ko buat memang lah betul habis. Pas aje yang jahat dan tak pandai bab2 hukum neh. Ko aje yang pandai cari duit dan tambahkan pendapatan negeri melaka. Hidup ali rustam!
Sumber disini
Sozcyili : Sekolah tempat budak2 nak berhibur tak dak ka?
Tiada ulasan
Catat Ulasan