t>

Breaking News

Dari KY Jelly Hingga Ke Karipap… Semua Dicerita Habis..

KUALA LUMPUR, 18 Julai  – “Semua dicerita (Saiful kepada Ezam) dari A to Z…. tentang KY Jelly, karipapnya, macam-macam, segala-galanya diceritakan pada malam itu”, kata SD Johari Yassin, mengesahkan bahawa beliau turut berada semasa saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan berjumpa dengan Senator Ezam Mohd Nor, pada lewat malam, 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian didakwa aktiviti liwat itu berlaku.
“Saya yakin (dengan cerita Saiful). Memang menyakinkan. Menimbulkan kegerunan kat kita. Cerita betul ke cerita tipu ni kita boleh rasa….Kita boleh tahu. Rasa menyirap darah. Rasa macam… kita dapat rasa. Kesungguhan dia bercerita, cara kekesalan dia yang berlaku sebagainya. Kita dapat rasa…” katanya menggambarkan pertemuan itu di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang.
Berikut disediakan transkrip wawancara AIDC dengan SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan.
AIDC : Difahamkan Ezam ada berjumpa Saiful pada malam 27 haribulan. Adakah saudara juga ada masa itu?
SD Johari : Masa tu kita baru balik dari program ceramah di Batu Kurau, Perak. Memang kita berjumpa dengan Saiful. Saya ada dalam tu. Ghani, Azwanddin pun ada tapi mereka duduk dalam kereta. Memang Ezam berjumpa dengan Saiful di Tol Rawang.
Siapa yang telefon Ezam untuk berjumpa?
Yang telefon Rahimi.
Rahimi?
Rahimi ni staff lama dalam PKR. Rahimi ni kenal Ezam. Masa Ezam dalam PKR, Rahimi dah ada.
Rahimi dah jadi Pegawai Khas Anwar?
Pegawai dalam parti. Saiful ni baru. Jadi, untuk Saiful contact direct dengan Ezam, dia tak kenal Ezam. Jadi, Rahimi lah yang menghubungi Ezam. Rahimi hubungi Ezam minta untuk bawa berjumpa dengan Saiful. Rahimi contact personlah.
Rahimi memang ada berhubung dengan Ezam, sebelum-sebelum ini?
Sebelum ini, tak ada. Dia sebagai pegawai parti, pasal dia bukan sebagai penjawat jawatan dalam parti, dia pegawai pejabat. Biasanya dia tak ada urusan dengan Ezam.
Dia just hubungi Ezam pasal dia kenal Ezam dan dia contact Ezam untuk Saiful. Pasal Saiful minta untuk berjumpa dengan Ezam.
Sehari sebelum ataupun beberapa jam sebelum Saiful pergi buat medical checkup. Kata kononnya ini ada konspirasi, Ezam yang plan semua, atur, maknanya, benda itu tak wujud. Konspirasi? You nak atur dalam beberapa jam dan dengan segala-galanya yang berlaku, tak sempat mana pun.
Cuma, apa yang berlaku malam tu, apa yang Saiful cerita pada Ezam. Apa yang berlaku sebenarnya.
Kenapa yang Saiful nak jumpa sangat Ezam ni?
Macam yang Ezam sebut dalam program-program ceramah beliau, Saiful dah berjumpa dengan Najib. Dulu, Anwar kata, oh betullah ini konspirasi pasal Saiful jumpa dengan Najib di pejabat beliau. Tapi pasal apa Saiful jumpa? Ezam sebut, Saiful pun mesti sebut.
Tapi Saiful kecewa. Bila dia jumpa Najib, Najib kata you buat sendiri. Dia tak nak bantu. Saiful suarakan kemarahan dia pasal Najib tak nak bantu. It is not becausepasal Najib tak nak bantu, tapi Najib tak nak dikatakan terlibat.
Walaupun Najib tak terlibat, Anwar masih kata Najib terlibat. Sebab itu, Najib kata you buat sendiri. Polis kata, buat report sendiri. Maknanya, tak ada arahan spesifik.
Kata, ok kita akan ambil kes you ni, I bawa you pergi sini, bawa you pergi medical checkup, tak ada. Pandai-pandai Saiful lah dia nak pergi hospital mana, swasta ke, apa ke, Saiful buat sendiri.
Sebab itu Saiful pergi sampai dua tiga hospital. Tak ada perancangan pun. Saiful budak biasa, budak muda. Dia rasa buat medical checkup, dia pergi hospital lah, hospital swasta.
Dia tak tahu bahawa bila dia nak mengaku dia kena liwat, nak bawa laporan itu untuk ke mahkamah, bahawa report yang sah adalah daripada hospital kerajaan. Jadi, dia pergilah hospital swasta.
Tak ada guideline?
Tak ada siapa bagi guideline. Tak ada siapa yang suruh. Tak ada siapa yang ajar dia dan sebagainya.
Jadi, pada malam dengan pertemuan Ezam itu, Ezam baru balik ceramah di Perak. Tengah malam juga atau pagi jumpa?
Ceramah di Perak. Pasal dia minta jumpa malam tu juga. Dia hubungi awal. Rahimi hubungi sekitar jam 7 petang. Masa tu kita baru bertolak dari Shah Alam. Baru bertolak dari Shah Alam, dapat call daripada Rahimi yang nak jumpa Ezam malam tu juga.
Jadi, kita dalam perjalanan ke Batu Kurau, program di Perak. Jadi, memang tak boleh jumpa malam tu. Tapi dia kata nak jumpa malam tu juga. Jadi, kita kata, pukul 3 atau 4 pagi lah baru boleh jumpa.
Sebelum itu pun, Ezam hantar orang untuk check siapa Saiful ni. Pasal Ezam tak kenal Saiful ni.
Masa apabila nak jumpa tu, Ezam check dulu?
Dia check dulu. Hantar satu orang untuk check siapa Saiful ni. Apa cerita sebenarnya. Jadi, selepas Ezam dihubungi semula, kata you kena jumpa orang ini malam ini juga. Dan Ezam confirm, baru jumpa.
Masa perjumpaan itu, apa Saiful bercerita?
Semua cerita dari A to Z. tentang KY Jelly, karipapnya, macam-macam, segala-galanya diceritakan pada malam itu.
Reaksi Ezam pula, adakah dia terkejut?
Memang dia terkejut. Ezam pada awalnya pun memang dia rasa agak khuatir, takut ini track (perangkap) yang Anwar pasang. Dia tak kenal Saiful ni. Ezam pun baru keluar parti, baru masuk UMNO pada masa itu. Jadi dia tak yakin.
Tapi, selepas dia hantar orang, Saiful terangkan sendiri cerita jumpa Najib dan sebagainya, baru dia rasa ada keyakinan.
Apatah lagi bila Ezam kata, dia nak atur Saiful jumpa dengan ulama-ulama Pas. Tiga orang ulama Pas. Ezam dah call pun. Dan Saiful setuju nak jumpa.
Tapi semua tu tak sempatlah. Pasal plan dia, selepas Saiful pergi medical checkup, balik tu jumpa ulama Pas. Tapi, bila Saiful dah buat medical checkup di hospital kerajaan, bila doktor dapat report, polis terus dipanggil…
Terus polis pegang..
Terus polis pegang. Jadi, Ezam tak ada excess lagi untuk bawa Saiful jumpa dengan ulama Pas.
Lepas itu langsung tak ada jumpa?
Tak ada.
Jumpa dengan bapa Saiful ke?
Selepas itu…mungkin lama selepas itu, saya ingat mungkin adalah. Yang itu saya tak ikut.
Saudara tengok sendiri wajah Saiful bercerita, adakah menyakinkan saudara bahawa ini cerita betul atau tidak?
Saya yakin. Memang menyakinkan. Menimbulkan kegerunan kat kita. Cerita betul ke cerita tipu ni kita boleh rasa.
Boleh tahu kan?
Kita boleh tahu. Rasa menyirap darah. Rasa macam…kita dapat rasa. Kesungguhan dia bercerita, cara kekesalan dia yang berlaku sebagainya. Kita dapat rasa.
Reaksi Rahimi pula ketika itu macam mana?
Rahimi cuma bawa lah. Bawa untuk pertemukan Saiful dengan Ezam. Dia sebagai moderator lah.
Sebab tu kalau you tengok, baru-baru ini Rahimi timbul, Rasid timbul. Dan kalau kita tengok perjalanan kes baru-baru ini yang Akuan Bersumpah. Selepas Saiful buat laporan polis ataupun buat medical checkup, Anwar panggil Rahimi dan Rasid ke Quality Hotel.
Kalau kita sebagai manusia biasa, pasal apa dia panggil dua orang ini? Pasal apa? Mesti ada something. Dua orang ini, adakah dia pun sama macam Saiful? Kalau dua orang ini tak ada apa-apa, pasal apa kau nak panggil? Jadi, itupun satu questionmarkjuga. Pasal apa kena kurung dua orang ini?
Selepas satu orang buat report polis, medical checkup, dua orang ini pula kau panggil kat Quality Hotel dan kau kurung. Sebab apa? Rasanya, cerita ini belum selesai lagi. Kita tunggulah kalau ada pendedahan-pendedahan daripada Rahimi ke, daripada Rasid ke.
Bermakna, Rahimi sendiri yang mengatur pertemuan dengan Ezam, akhir sekali dipanggil oleh Anwar?
Saya rasa disebabkan dia cuma mengatur pertemuan Ezam dengan Saiful. Tapi, saya ingat Rahimi dan juga Rasid juga ada sejarah yang sama ke? Terlalu ramai orang lain, mengapa dua orang ini yang dipanggil masuk bilik, dikurung.
Sedangkan pada masa itu, tidak ada pun keterangan di mahkamah yang mengatakan Rasid dan sebagainya. Tapi selepas Saiful buat laporan polis, terus Anwar pergi ambil Rahimi dan Rasid?
Akuan Bersumpah itu ada disebutkan juga, bahawa mengaku dia pun tidak diliwat. Pasal apa?
Rasid?
Rasid kan. Suruh mengaku dia juga tidak diliwat. Siapa yang minta ni? Siapa yang tuduh kata Rasid kena liwat ni? Pasal apa sekarang ini kau buat Akuan Bersumpah, kata bersumpah bahawa saya tak kena liwat. Pasal apa dan untuk apa?
Tak ada siapa lagi tuduh Rasid masa itu.
Tak ada siapa pun kenal Rasid lagi?
Tak kenal lagi. Tak timbul lagi cerita itu pun. Tapi, you ambil satu tindakanprecautionuntuk langkah berjaga-jaga untuk dia mengaku, bersumpah bahawa dia tak kena liwat. Untuk apa? Yang keluar ni Saiful. Kenapa Rasid dan Rahimi dipanggil dan dikurung?
Sedangkan masa itu, kes pun belum dibicarakan?
Tak ada. Tak ada orang sebut pun Rahimi..Rasid. Itu satu questionmark. Pasal apa dia ambil precaution awal, kurung budak ini, suruh buat Akuan Bersumpah tak kena liwat. Pasal apa?
Timbul satu persoalan, kenapa Rahimi dan Rasid muncul sekarang ini?
Muncul sekarang, sebab sebenarnya dia tak perlu muncul sekarang pun. Yang memunculkan dia sebab adanya Akuan Bersumpah itu.
Akuan Bersumpah tu bukannya daripada kita. Bukannya kita nak tuduh Rasid, Rahimi. Yang buat preparation ni dia. Pihak Anwar sendiri. Panggil peguam, Latheffa Koya dan sebagainya. Terapkan Akuan Bersumpah palsu. Minta diaorang tandatangan untuk mengaku diaorang tidak diliwat. Siapa yang tuduh diaorang ini?
Pasal apa yang you all terlalu sibuk nak…kenapa tak panggil yang lain-lain? Kenapa dua orang ini yang kau kurung dalam bilik di Quality Hotel, paksa tandatangan Akuan Bersumpah setelah Saiful buat laporan bahawa dia telah diliwat. Adakah dua orang ini juga mengalami nasib yang sama?
Banyak persoalan-persoalan yang masih belum dijawab?
Saya rasa, orang Keadilan kena fikirlah. Kena fikir, kena tengok, kena study. Kalau kita cari kebenaran, saya rasa kebenaran itu tak jauh. Cuma, kalau kita menolak terus, ia tak akan sampai kepada kita.
Sumber : anwaraidc.com

Yang bab jumpa najib dan rosmah taknak pula ulas? Jumpa ezam? Kenapa tak rakam aktiviti tue? Kata pandai rakam, hah apa lagi rakam lah.

Sozcyili : Dasat betul.. walaupun dah bagi macam2 bukti bahawa ini fitnah mereka masih mempercayai saiful dan sibuk buat interview itu ini.. aduhaii..

Tiada ulasan