t>

Breaking News

Pakai baju kuning bersih derhaka pada Agung - utusan.


Sila lihat keratan printscreen di atas yang dipetik dari utusan. Masih lagi tidak belajar dan tidak mahu akur kepada kesilapan sendiri. Sultan sama sekali tidak pernah melarang demo bersih. Boleh berhujah kalau nak berhujah tetapi jangan heret dan fitnah nama Agong pula. Pandai2 dia je kata Agong melarang perhimpunan bersih. Agong sendiri bersetuju bahawa perhimpunan bersih boleh di anjurkan di stadium.

Dan najib pun pada awalnya bersetuju bagi kebenaran buat di stadium yang mana akhirnya dia tarikbalik kelulusan tersebut tanpa sebab yang kukuh. Peserta2 demo bukan nak berhimpun di jalanan tetapi semua nak berhimpun di stadium. Dah macam mana nak masuk ke stadium kalau semua jalan ke stadium di tutup? Itulah pasal menjadi perhimpunan jalanan. Padahal tiada mana2 peserta bersih nak berhimpun di jalan! Ketahui fakta sebelum dok bercakap merapu2!

Kali neh pandai2 cakap pakai baju kuning derhaka pada Agong pula. Padahal rakyat malaysia respect Agong kerana Agong adil. Agong tidak mahu jumpa perkasa [yang melayu kononnya] tetapi Agong sudi jumpa Ambiga [yang india] disini sahaja sudah membuktikan Agong faham situasi dan hal sebenar. Takan masih pandai2 nak kata peserta bersih derhaka pada Agong? Memutarbelitkan kenyataan Agong demi nak menanamkan persepsi buruk, boleh ke?

Apapun kata2 dan tindakan mereka, kini satu dunia tahu bahawa kerajaan barisan nasional ialah kerajaan penipu. Najib menipu di depan wartawan antarabangsa bahawa dia terpaksa menghalang peserta demo daripada membuat demo di jalanan atas sebab2 keselamatan. Dia sikit pun tak sebut bahawa peserta demo nak berdemo dalam stadium. Dan dia juga lupa nak bagitau bahawa dia awalnya setuju dan kemudian nya dia tarik balik <-- cakap pembelit.

Najib juga menipu bahawa tiada fizikal contact antara polis dengan peserta bersih, namun pelbagai bukti gambar dan rakaman video kita dah sebarkan menerusi youtube dan facebook. Apakah media antarabangsa bodoh sangat sehingga tidak tahu search sendiri? Sudah tentulah mereka mengkaji sebab itulah soalan2 bersih ditanya kepada najib. Bila najib menipu, maka mereka sudah nampak bahawa najib ialah penipu. 

Sekarang apa pun yang najib cakap sudah tidak berguna lagi. Lantikan APCO, perunding antarabangsa najib dan TV3 sebagai penasihat media najib nampaknya sudah tidak relevant. Kerana kini rakyat malaysia tidak hanya melihat tv3 sebagai satu2 sumber berita. Fikirkanlah.

Sozcyili : menipu tanpa rasa malu. Heh

Tiada ulasan