Protes najib di UK, POLIS lupa bawa tear gas!
Di atas neh antara beberapa gambar protes terhadap kepimpinan najib mengenai insiden bersih yang berlaku di UK semalam. Lawatan najib ke kediaman rasmi city of london mayor semalam nampaknya tidak hanya dihadiri oleh pegawai kerajaan dari kedua-dua belah negara sebaliknya ada pula "sambutan khusus" dari mereka yang menyokong bersih. Namun dengar khabarnya najib sempat melambai2kan tangan ke arah perhimpunan aman itu. Dan cepat2 masuk ke dalam mansion. Aik.. takut ke nak shake ke? Takan lambai tangan je kot? Hehehhe..
Selepas perhimpunan tue berlangsung beberapa seketika, skuad polis UK pun tiba di lokasi kejadian untuk mengawal suasana dan keadaan. Namun satu perkara yang pelik telah berlaku apabila polis sana lupa nak membawa tear gas. Water cannon pula dah habis stok. Mengikut satu laporan daripada berita penipu kami dimaklumkan bahawa bekalan water cannon milik polis UK telah disalurkan kepada polis malaysia di atas satu memoradum kerjasama membalon-rakyat-malaysia-sampai-mampos-kalau-habis-water-cannon-dan-tear-gas-pinjam-lah-lagi-dari-kami.
Disebabkan itu lah kumpulan demo ini tidak dilayan dengan adil semalam. Mereka tidak diberikan minum water cannon dan tidak pula dirawat badan dengan tear gas. Begitu sayang UK kepada Malaysia sampai sanggup habiskan bekalan mereka demi kita. Semoga dengan lawatan neh, najib akan lebih semangat lagi nak merayau2 ke luar negara mencari pelabur selepas membalon rakyat dengan bangga. Sekian.
Gambar2 menarik protes boleh lihat sini
Nota : Najib tidak dihampar dengan permaidani merah selepas tiba di UK semalam dan Makan malam bersam PM david cameron juga dibatalkan. Kenapa agaknya? Namun sudah tentu bunga ros kuning dan baju kuning ratu elizabeth lah yang paling membuatkan najib rasa tersindir sekali! Lihat sini.
Sozcyili : kena sindir lew tewww...
Tiada ulasan
Catat Ulasan