Pas : Pusat Hiburan Di Kedah Beroperasi Seperti Biasa
Alhamdullilah. Segala kecelaruan dalam isu neh telah diperjelaskan. Macam cadangan aku sebelum neh andai bukan islam boleh melarang dan memastikan orang islam tidak memasuki premis perniagaan mereka sepanjang bulan ramadhan, maka mereka boleh beroperasi seperti biasa.
Dan andai mereka [pemilik perniagaan] terbukti bersetongkol dengan kaki maksiat [orang islam] pada bulan ramadhan jangan marah pula andai tindakan di ambil terhadap anda kerana warning sudah diberikan. Nasihat dan budi bicara oleh kerajaan negeri untuk berkompromi dan memahami kehendak bukan islam haruslah disambut dengan tolenrasi dan semangat saling faham memahami. Insya-Allah baru lah kita boleh bermuamalat dengan sejahtera. Baca bawah ;
AMPANG 17 JULAI : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memaklumkan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 di negeri Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan nanti, namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.
Menurut Abdul Hadi, kekeliruan yang berlaku sebelum ini sengaja ditimbulkan media arus perdana dengan menyiarkan laporan tidak tepat hingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.
Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, undang -undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negeriPakatan Rakyat.
Ujarnya lagi, pusat hiburan di Kedah kini dibenarkan untuk beroperasi pada bulan Ramadhan nanti dengan syarat pihak pengurusan premis itu menguatkuasakan larangan kepada orang Islam untuk tidak memasuki premis terbabit.
“Kita sudah dapat maklum balas daripada pihak pengurusan premis hiburan dan rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan mendapati laporan media yang disiarkan tidak tepat,"katanya memetik laporan The Malaysian Insider.
“Media BN sengaja gunakan isu ini, jadi PAS ambil jalan menyelesaian iaitu hak orang bukan Islam walaupun diharamkan dalam Islam tapi mereka ada hak dan yang kedua hak orang Islam tidak boleh melakukan maksiat," ujarnya lagi.
“Jadi orang bukan Islam sahaja boleh masuk (pusat hiburan), jangan bagi orang Islam masuk,” katanya pada sidang media di sini sambil menambah tindakan akan diambil ke atas mana-mana pusat hiburan yang membenarkan orang Islam memasuki premis mereka,"katanya.
Jelas Abdul Hadi, berdasarkan keterangan yang diberikan Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat hari ini, pusat hiburan boleh ditarik lesen sekiranya didapati membenarkan orang Islam memasuki premis pada bulan Ramadan.
Sozcyili : Umno bila nak buat larangan sama pula?
Tiada ulasan
Catat Ulasan