t>

Breaking News

Rosmah: Fesyen islamik bidang menguntungkan

Apa yang diperkatakan oleh rosmah mansur neh betul tetapi kenapa bercakap tidak konsisten dengan penampilan diri? Fashion islamik kena tutup rambut. Baru lah betul.Bukan lah fashion ala islamik yang berciri2 kan islamik tetapi tak islamik ikut syariat. Kalau macam tue baik tak payah promosikan ianya sebagai islamik..

Dan tak perlu lah juga nak mengelarka ia fashion islamik.Bukan apa, ia sedikit sebanyak akan melahirkan persepsi serong. Nanti orang fikir fashion islamik yang nampak leher, rambut dan bahagian atas dada ialah ciri2 islamik moden. Padahal mana ada islamik moden ataupun islamik kuno. Islamik sepatutnya pada pemahaman aku, kita kena mengikuti syariat islam. 

Tak faham lah aku, zaman sekarang dorang pandang perkataan "islamik" tue sebagai apa. Ada ke fashion2 yang tidak menepati syariat islam boleh dikaitkan dengan islamik semata2 kerana mengunakan unsur2 islam dalam rekaan baju mereka? Kalau ya cakap direct sudah. Fashion neh berunsur2kan arab dan bukan nya islamik kerana barangan, seni, unsur, dan penulisan arab ialah sejarah arab yang mana sedikit sebanyak ada kaitan dengan sejarah islam tetapi tidak bererti bahawa arab = islam. Maka nama islamik harus digugurkan terus daripada memberikan persepsi serong dan salah terhadap fashion2 seperti ini.
Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat.


Isteri perdana menteri itu berkata ini akan menggalakkan kelahiran lebih ramai pereka fesyen islamik yang penting dalam memastikan kerancakan industri tersebut.


"Satu masa kelak fesyen islamik juga boleh menjadi ciri kekal semasa minggu fesyen di kota-kota fesyen dunia," katanya pada jamuan tengah hari 'IFF Eastern Treasures', di London pada Jumaat.


Rosmah yang juga penaung IFF berkata fesyen islamik kini menjadi bidang keusahawanan yang menguntungkan.


Walaupun tidak ada data perdagangan rasmi untuk industri fesyen Muslim dunia, unjuran menunjukkan angka yang positif, katanya.


Rosmah berkata bagi membolehkan industri itu berkembang pesat, pertumbuhan dan pembangunan mesti meliputi semua aspek iaitu daripada fesyen mewah kepada yang mampu dimiliki semua.


Katanya beliau teruja mendengar pusat membeli-belah mewah seperti Harrods di London dan Saks di Arab Saudi telah mula menjual pakaian berunsur islamik.


"Ini satu permulaan yang sangat bagus, tetapi menjadi impian saya untuk melihat lebih banyak pusat membeli-belah seperti Bloomingdales, Macy's Debenhams dan lain-lain menawarkan pakaian dan aksesori islamik sebagai sebahagian fesyen arus perdana dunia.


"Pada masa itu barulah kita dapat menyatakan fesyen islamik benar-benar mendapat tempat," katanya. -Bernama-

Sozcyili : Islamik apa.. cincin 75juta.. hahaha..

Tiada ulasan