Pavilion Hilang 60% Pengunjung Ekoran Perhimpunan Bersih.
KUALA LUMPUR: Gedung membeli-belah mewah Pavilion KL menganggarkan kerugian kira-kira 60 peratus pengunjung Sabtu lepas ekoran perhimpunan haram di pusat bandar.Ketua Pegawai Eksekutif (Runcit) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Joyce Yap berkata, perniagaan di gedung itu terjejas teruk pada hari Sabtu memandangkan kebanyakan peruncit memilih untuk menutup premis masing-masing atas sebab keselamatan dan pekerja mereka juga gagal hadir bekerja pada masa yang ditetapkan."Dalam perjanjian, sebenarnya tiada satu penyewapun dibenarkan menutup kedai tetapi di bawah situasi ini, kami tiada pilihan. Disebabkan alasan keselamatan ini, mereka dikecualikan," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan "Global Footprint: A Photography Exhibition" oleh Yang Yuan Xing di gedung itu di sini, Rabu.Beliau berkata, gedung beli-belah itu juga menanggung kos tambahan kerana ia perlu mengambil lebih ramai tenaga kerja dan meletakkan lebih banyak penghalang bagi memastikan keselamatan di pusat beli-belah.Ditanya sama ada Pavilion KL akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demonstrasi itu, Yap berkata perkara itu perlu dirujuk kepada jabatan litigasi jika ada asas untuk berbuat demikian."Jika peruncit tidak menuntut apa-apa, kami juga tidak akan berbuat demikian.Sementara itu Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melancarkan pameran fotografi yang berlangsung selama dua hari itu. Kutipan hasil jualan foto akan disalurkan kepada Persatuan Austime Kebangsaan Malaysia. - BERNAMA
Berita seperti ini akan terus disiarkan sehinggalah rakyat benar2 faham bahawa bersih telah ;
- merugikan
- menyusahkan
- membankruptkan
Negara.
Hahaha.. lantak korang lah. Yang suruh tutup kenapa? Ada ke kedai2 kena pecah? Cuba tanya kedai2 yang buka.. mereka rilek je pun. Ada ke kedai2 yang kena rompak ataupun peniaga2 kena bunuh? Mereka pun rileks je siap join demo lagi. Aduhaiii.. suka sangat dengar cakap orang. Lain kali buat lah kajian sendiri. Apa lah..
Sozcyili : Tunggu kerajaan keluarkan anggaran kerugian bersih. Mesti billion2 punya. Hahaha..
Tiada ulasan
Catat Ulasan