Astro tetap naikkan harga, kabinet takut dengan astro ke?
Di atas neh ialah paparan notis dari astro bahawa mereka akan tetap naikkan harga pakej sepertimana yang telah di umumkan oleh mereka baru2 neh sehingga mendapat pelbagai reaksi dan bantahan orang ramai. Walaupun sebelum neh kabinet telah menegaskan bahawa tiada kelulusan yang diberikan kepada astro untuk menaikkan harga pakej nampaknya astro tidak mempedulikan arahan kabinet dan menteri yang berkaitan.
Kenapa? Apa sudah berlaku? Kenapa astro tidak mengikuti arahan dari menteri dan kabinet? Apakah kuasa astro lebih besar daripada arahan kabinet? Kenapa astro tidak langsung menghormati menteri di malaysia? Apakah astro angkuh kerana kuasa wang memungkinkan astro melanggar arahan daripada pihak menteri sekalipun? Itupun dilakukan secara terang dan berani? Nampaknya betapa yakin astro bahawa menteri sama sekali tidak akan mengambil tindakan terhadap astro, itu sebab mereka berani langkau arahan dan amaran daripada pihak yang berkuasa. Begitu kah?
Situasi cuma ada dua sahaja yang aku nampak ;
1. Astro naikkan harga pakej = kerajaan diam = kerajaan kena kritik sebab cakap tak serupa bikin.
2. Astro naikkan harga pakej = kerajaan tegas = hukum dan denda astro = bentuk hukuman bukan lah dengan pembayaran saman sebaliknya dengan rebet 50% kepada para pelanggan astro selama 6 bulan = biar astro tanggung akibat dan menyesal = kerajaan akan dipuji.
Memang tindakan neh nampak kecik tetapi kesan dia mendalam di ahti pengguna. Fikirlah. Kalau sungguh kerjaaan kebajikan takan dengan syarikat astro tak boleh lawan untuk bela hak pengguna? Ke ada saham sekali? Kalau dengan rakyat yang lemah dan miskin kemain berani pula dia. Heh.
Sozcyili : astro tak takut kerajaan walaupun kerajaan yang bagi mereka lesen untuk berniaga <-- astro taktau bersyukur ka? [Ayat normal pro kerajaan]. Apatah lagi rakyat biasa yang langsung takde apa2 kepentingan dengan kerajaan.. bertambah2lah tiada rasa takut sehingga berani pergi demo.. ye tak?
Tiada ulasan
Catat Ulasan