Tiada kopitiam halal di Selangor atau kopitiam mohon sijil halal swasta?
Rasanya ada kekeliruan yang wujud dalam berita terbitan kosmo hari neh. Kosmo mendedahkan bahawa tiada kopitiam halal di selangor. Yang sebetulnya tiada kopitiam di selangor yang memohon sijil halal dari jakim di selangor. Mungkin itu lebih tepat rasanya. Sila lihat bawah ;
SERDANG – Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.“Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal daripada JAIS walaupun kita ada buat pengumuman supaya mereka (pengusaha kopitiam) memohon untuk mendapatkannya.“Sehingga kini, permohonannya ada tapi kurang iaitu kurang daripada 10 peratus sahaja yang memohon sijil halal daripada JAIS atau Jakim,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kesedaran dan kepenggunaan halal Negeri Selangor di sini semalam.
Kalau takde sijil halal, macam mana pula gambar kopitiam tersebut ada tanda halal di premis nya? Dalam gambar terbabit ada caption begini ;
Maksudnya kat sini selain dari sijil halal jakim rupanya mereka boleh mendapatkan pengesahan halal daripada pihak swasta. Ianya tidak salah. Kalau salah sudah tentu lah syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal tersebut tidak boleh beroperasi di malaysia. Kesimpulan nya tajuk artikel neh ialah tiada kopitiam selangor yang mengunakan sijil halal daripada jakim sebaliknya mereka semua memilih mendapatkan pengesahan halal daripada pihak swasta. Nampaknya ia tidak melanggar undang2 dan tak sepatutnya timbul sebarang isu pun disini. Kes closed.
Sozcyili : Kasi orang keliru lagi. Selangor = pr = halal = islam = kasi orang takut = kosmo = adek utusan. Adoii.. <-- analisa bebas, jangan ikut kerana bukan berdasarkan fakta.
[ADS] Tangkap gambar dengan jeans dan upload ke facebook untuk ipad2. Klik sini untuk ketahui caranya.
Tiada ulasan
Catat Ulasan